Jumaat, 2 Disember 2011

Program

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


Allahu Rabbi...


AM mulakan entri kali ini denganlafaz suci.. Mudah-mudahan keseluruhan intipati tidak membicarakan perkara yang diluar keredhaan Ilahi.


Mudah-mudahan juga hati AM pun selari dengan setiap aksara yang tertulis di kanvas maya.


AM tak tahu la kenapa, setiap kali hati terasa seperti diuji. Setiap kali itulah dengan tidak semena-mena AM akan mendapat nasihat secara percuma. Kadang-kadang AM tak cari, tapi dengan izin Allah, ada yang memberi.


Sama ada dalam bentuk bacaan ayat al-Quran, ceramah agama, mahupun khidmat pesanan ringkas dari sahabat2 seperjuangan AM.


Hati memang tak tahu nak cakapa apa la kalau macam ni kan? Sedih, gembira, sayu.. Bercampur.


AM cukup terkesan dengan khidmat pesanan ringkas seorang sahabat yang jauh di mata tapi sentiasa dekat dihati:


Bunyinya begini:


Allah akan sentiasa menguji antum pada titik kelemahan antum. Orang yang lemah dalam masalah harta, namun kuat dalam masalah pangkat dan wanita, tidak akan diuji dengan pangkat dan wanita.Orang yang sentiasa mudah tersinggung dan pemarah akan diuji oleh Allah dengan dipertemukan dengan orang-orang yang akan membuatnya tersinggung dan marah. Seseorang yang sentiasa berlambat-lambat dalam dakwah kerana alasan 'isteri, mentua, dan tetamu' akan sentiasa dihadapkan dengan masalah-masalah itu, 'mentua datang, tetamu datang bersilih ganti', yang akan terus menundanya dari bersegera menghadirin program dakwah, sampailah dia boleh mengutamakan agenda dakwah dalam kehidupannya...


(K.H Rahmat Abdullah. cinta sang murabbi)

Terasa macam terkena betul dengan AM. 

Saat ni AM sedang bercuti... Berada dekat dengan keluarga...

Ya, bukan senang nak menghadiri program bila sudah bersama dengan keluarga. Ada sahaja alasannya yang terpaksa AM berikan...

Betapa AM ingin suasana berprogram, bersama sahabat.. bermusafir bersama-sama mereka... Namun AM berhalangan..

Bermakna AM telah meletakkan keluarga di hadapan usaha dakwah... Terasa seperti lemahnya diri...

Belum lagi termasuk dugaan dari media massa seperti televisyen... Ajakan lepak-lepak window shopping di mall oleh teman-teman lama. (Ingin sahaja AM jeritkan pada mereka: "AM sekarang bukan AM mereka yang dahulu." Andai sahaja mereka mampu mengerti hati ini)

Namun, AM yakin Allah itu Maha Adil. Dia tidak akan pernah membiarkan hambaNya yang meminta.

"Sesiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti menolongnya"

Sudah puas berhelah, namun tak dapat juga...

Jadi apa yang AM lakukan?

Adakah wajar bagi AM untuk melawan ibu dan bapa semata-mata kerana program?

Wajarkah AM putuskan hubungan silaturahim dengan teman-teman lama?

:)

Itu mungkin titik kelemahan AM, tapi AM yakin mampu untuk menukarkannya kepada titik positif..

Pertamanya AM perlu personally think positif. Bagaimanakah caranya???

Ahha... mula-mula AM kena sedar dan ingatkan diri bahawasanya, dakwah itu bukan semata-mata program..

Mungkin sebenarnya Allah uji AM adalah supaya AM sedar yang selama ini AM beria-ia dealam usaha dakwah dengan orang lain...

Sekarang masanya untuk AM berdakwah kepada keluarga pula...

Bawa adik-adik solat berjemaah di masjid. Ajar mereka membaca dan mentadabbur Al-Quran.. Wujudkan bi'ah solehah dalam keluarga sendiri

Dengan teman-teman pula.. Inilah masanya untuk memberitahu mereka... Masa silam yang nakal dulu sudah berlalu.. AM dalam proses membaiki diri.. Kalau AM boleh, mereka pun boleh... Masa lepak-lepak, tunjukkan cara hidup Islam itu bukan jumud.. Nak solat tak semestinya bersongkok ataupun berkopiah. Sebelum makan baca Bismillahirrahmanirrahim dan doa makan. Serlahkan keindahan Islam dalam segenap segi tutur kata dan perbuatan..

Luasnya medan dakwah itu sebenarnya.. Ada cara tersendiri dan bukanlah semata-mata mengikuti program..

Baiklah..

AM ada banyak 'program' tarbiyyah dan dakwah ni..

Sehingga ketemu lagi di lain ruangan...

:0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan