Selasa, 14 Februari 2012

watak?

Semua orang nak jadi baek


Tak kesah la sejahat mana pun kau


Akan terdetik gak dalam hati kecik kau tu


"Sampai bila aku nak jadi macam ni.."

Tu memang fitrah manusia beb



Cuma..

Ada yang sedar dan ada jugak yang masih lena

Wake up!

Bangunkan..gergasi kebaikan yang ada dalam diri tu.. 

Dah lama dia lena tu..



ala
dalam diri setiap manusia ada kebaikan
gua percaya dengan tu
bezanya
banyak atau sikit kebaikan tu dalam diri
kebaikan tu
yang mencorakkan seseorang individu
sama ada jadi watak putih..watak hitam..ataupun watak kelabu


live well or live well..
we choose


gua dah jumpa ramai orang yang tak ingat mati
rasa macam nak menongkat langit ek?
nauzubillah..
ya Allah
matikanlah kami dalam nikmat iman dan Islam
paru2 dan jantung mengecut
lagi sekali mata masuk habuk




AM:putera agama bukan putera biasa

Isnin, 13 Februari 2012

hati tisu



gua memang r samseng jalanan
tapi ada part
yang gua hati tisu
part yang memang tacim r

meh gua nak share
eskrem yang bes wei
lagi best dari eskrem double dutch

baca dulu
tak yah banyak bunyi


tetibe
mata gua cam masuk habuk
eh..tak la
tadi tolong cik puan potong bawang

alhamdulillah..
terima kasih ya Allah..
sebab masih sudi 'pegang' hambaMu yang tah hape2 ni
gua nak jadi manusia yang lagi baek..
jangan sesekali Kau 'lepaskan' hambaMu ini ya Allah..

AM:putera agama bukan putera biasa

Pergh!diuji

Allah...
Gua diuji..
Sebelum ni...
Gua beria-ria..cakap nak perang dgn diri sendiri
Konon-konon
Nak hapdet belog tiap2 ari

Hamek ko!
Allah lagi Maha Kuasa
Kalau Dia tak izin,takkan berlaku!
Ko cakap la berapi-api ke
Prungg prangg prungg prangg ke
Kalau Dia tak bagi..confirm takkan jadi!

Nak dijadikan cerita
Broadband gua kena potong
Take time gak nak bayar kan
Dah bayar pun..seminggu still tak bley guna
Sungguh..
Gua insaf..
Sentap dengan diri sendiri..

Everything happen for a reason rite?
Apa yang pasti
Gua belajar sesuatu
Beriman dengan perancangan Allah
Bukan dengan perancangan manusia
Manusia hanya mampu merancang
Tapi Allah yang menentukan

Gua belajar
Setiap kata-kata kita akan diuji
I mean it!

Ya Allah..kau peliharalah imanku
Hanya Engkau yang dapat membolak-balikkan hati manusia

AM:putera agama bukan putera biasa

Sabtu, 4 Februari 2012

Bahagia dan membahagiakan

Amaran keras penuh kasih sayang!


Ni bukan entry jiwang !
Gua bukan mamat karat!

Apatah lagi ulat bulu naek daun!

Ni cerita tentang
Bahagia dan membahagiakan

Fitrah manusia wei
Sebok nak kejar bahagia manusia
Tapi
Lupa nak membahagiakan Allah
Lupa nak bahagiakan diri dengan kasih sayang Allah



Entaorang rasa,entaorang dah betol2 membahagiakan Dia?
Wallaweh!perasan betol!
Entaorang selalu solat awal waktu?
Entiorang jaga aurat betol?
Macam mana ikhtilat entaorang+entiorang?
Dia betol2 bahagia ke?

Pkir la wei
Budak kecik 5 tahun pun tau
"Umi,nape kakak tu tak pakai tudung?"
"Abah,nape abang tu pegang2 tangan ngan kakak tu?"
Buat malu je!huh!
Entaorang+entiorang rasa Dia dah betol2 bahagia?

Gua rasa
Banyak sangat bahagia yang Dia dah bagi
Tapi
Kita langsung tak membahagiakan Dia
Sikit pun tak!!

AM:putera agama bukan putera biasa

Jumaat, 3 Februari 2012

ingat-ingat lupa

Gua mau jadi orang yang kuat memori
ingat segala dosa-dosa dan kejahilan gua 
baru r gua jadi pemuhasabah yang berguna di masa hadapan.
pada masa yg sama, gua nak jadi seorang yang pelupa
lupa pada dosa-dosa dan kesalahan org lain pada gua
supaya gua boleh jadi seorang pemaaf yang bergaya
tu baru cool kan?


Gua ni sape nak dendam2+hukum orang?
Entaorang tu sape nak berdendam2 dengan orang?
Gua tau r yang diorang dah buat salah ngan entaorang
Relax r..chill
Cool r beb
Mayb diorang tak waras time tu
Yela..klu da tengah marah,memang sah2 dah tak waras tu
So kite tak payah r jadi sewel gak
Yang dok layan orang tengah tak betul tu
Baek kite jadi cool je
BUat relax je
Lagi bagus kan?
Bahagia hidup


u're forgiven!senang je kan..ikhlaskan hati...:D


Bergaya habess kalau kite ni seorang yang pemaaf
Tenang je..tak payah pkir banyak2 pasal keburukan orang
Banyak keje lagi nak buat kan?


Lagipun
Nabi Muhammad s.a.w pun seorang yang pemaaf
Allah pun mengampunkan dosa2 hamba Dia
Entaorang tu lagi mulia dari Nabi ke?
Entaorang tu lagi berkuasa dari Allah ke?
Pergh..
Diri sendiri sentap wei
Check balik diri kite


AM:putera agama bukan putera biasa

Khamis, 2 Februari 2012

Hidup Bertuhankan Allah

Usually when something fragile falls down, it’ll break. 
But when we fall in love with Allah, our precious hearts will never break
Amatlah tidak logik apabila kita ini datang daripada Allah SWT 
dan akan kembali kepada Allah SWT,
tetapi di tengah-tengah antara kedua itu tidak pula kita jadikan untuk Allah SWT

AM:putera agama bukan putera biasa

Rabu, 1 Februari 2012

Controller

Entaorang sedarkan diri ke tak sekarang ni?
Ke still mabuk+pengsan dengan 'kemewahan' dunia?

Entahlah(sambil angkat bahu)
Gua tak tau
Setakat mana paras concious entaorang+entiorang tu
Betul ke concious?takpun subconcious
Ke unconcious terus?
Setakat mana iman jadi GPS n controller hidup entaorang?

"Yo bro!ko ingat senang2 ke nak control n maintain iman dalam diri ko tu?"
Yezza!gua tau!
Memang susah nak maintain iman yang tengah 'naik'

Ada masa, sehari suntuk tak menyentuh Al-Quran.
Solat lak, sengaja dilewat-lewatkan, malah ada yang tinggal terus.
Ada waktu sengaja je melalaikan diri daripada Allah SWT.
Malah, ada  manusia, menjalani kehidupannya 
Seakan-akan kehidupannya itu tidak bermakna langsung untuk akhiratnya

Ni reminder untuk diri gua jugak
Selagi namanya manusia
Confirm2 la takkan perfect
Cuma
Teruskan berusaha
Untuk mendekati Dia
GPS dah ada
Follow je!
Tak payah nak memandai buat 'jalan' sendiri
Kang 'sesat' tak jumpa jalan balik
Barula nanges tak berlagu time tu
Nauzubillah

AM:putera agama bukan putera biasa

Selasa, 31 Januari 2012

The war begin!

Mata gua bergenang
Kenapa?
Sebab
 Dah lama belog ni tak dihapdet
 Cakap gegar2
 Nak kembalikan manusia kepada hidup bertuhan
Tapi
Urusan dunia dah jadi 'road block'
Bz sampai berhabuk belog
Buat2 bz..takpun bz body
Berapa percent je urusan dunia tu dapat jadi saham akhirat?
Allah...
Ampunkan dosa hambaMu yang hina ni...
(mata bergenang2)


InsyaAllah
Gua nak lancarkan perang!
Perang pe?
Perang terhadaap diri sendiri la !
Hapdet belog setiap hari !
Dalam 24 jam tu,takkan 10 minit pun berkira?
Allah...
Kau permudahkanlah segala urusanku



AM:Putera agama bukan putera biasa





Sabtu, 28 Januari 2012

zaman berubah?

"...everybody has a past.."
"...everybody lives a present.."
"...everybody deserves a future.."

gua bukan nak sentap
tapi
memang dah hakikat manusia
kalau tak sentap,takkan berbekas dalam hati
kalau tak sentap,susah nak bangun dari ngigau

kan gua da cakap
semua orang ada 'zaman gelap masing2'
so wat?
da past..da jadi history
tinggalkan 'zaman gelap' tu
mulakan hidup baru
asalkan entaorang da insaf..dats more than enaf la
move on
lives a present..live well
semua orang deserves a BETTER FUTURE


AM:putera agama bukan putera biasa

Selasa, 17 Januari 2012

u-turn

Dari street kid ke tikar sejadah
Dari hidup tanpa arah kepada hidup bertuhan

Susah?sangat!
Sebab tu bukan kebiasaan
Rasa macam terkongkong ke?

Before this,buat sesuka hati
Takde limit
Hidup untuk enjoy!

Tapi
Sampai bila nak gitu
Sampai bila nak hidup tanpa arah
Pernah terfikir tak?
Apa penghujung segala suka suki tu?
Hidup ni untuk bersuka suki je ke?

Suka-suki tu memang saham akhirat la kan?
Suka-suki tu memang dapat tolong dalam kubur la kan?
Suka-suki tu memang la banyak pahala dari dosa kan?
Zaas!!sentap!
Yeah!kalau gua cakap baek2..entaorang bukan nak dengar pun
Kalau gua sentap gini,mula la berasap kan

Gua cuma nak entaorang sedar
Hidup ni bukan saja2!
Hidup sekarang menentukan hidup abadi di akhirat
Entaorang tak caya?





AM:putera agama bukan putera biasa

Ahad, 1 Januari 2012

MALAM TAHUN BARU

Bismillahirrahmanirrahim..

1/1/12

Wah, dah masuk tahun baru... 
Masing-masing sibuk dengan azam baru..

"Nak jadi insan yang lebih baik"
"Nak jadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa"
"Nak kurus"
"Nak gemuk"
"Nak itu dan nak ini"

Lebih meriah tahun baru masihi berbanding tahun baru hijrah...
AM no komen.. 
Fikirlah sendiri..

AM cuma nak komen pasal sambutan malam tahun baru..
which AM rasa, this year we have lots of choices.. isn't it??
Nak hiburan mendidik jiwa.. Nak hiburan melalaikan.. Nak hiburan mengasyikkan...
Semua ada...

Siyes AM rasa sangat teruja...
80 000 orang memilih untuk menyambut Tahun Baru bersama Us. Azhar Idrus (UAI) dan Zizan..
AM usha2 gak google... nak tengok gak macam mana sambutan tahun baru yang PM kesayangan AM ni anjurkan
Ramai ke tak orangnya..
Nak la buat comparison kan... 
Ye la.. Nak tahu jugak selera rakyat Malaysia zaman sekarang...
(tapi kalau ramai pun, mesti kena paksa punya la.. wajib pergi.. AM dah lali dah kena paksa2 pergi program ni.. haha)

Tapi, AM tak jangka taw..
AM tak jumpa..
Dari awal sampai la hujung google tu, semua pasal UAI..
Wah3x.. Ini sudah satu petanda baik..
AM senyum je..
Rakyat Malaysia bijak memilih...
Zahirkan kebijakan anda semua pada kertas2 undi ye... ;)

Tapi, ada juga satu berita tak best pasal sambutan tahun baru ni..
Demo yang berlangsung kat UPSI tu berakhir dengan tragedi berdarah...
Saudara Safwan Anang sampai koma!! (latest news: dia dah sedar)
Hoho.. Abang polis, penjenayah besar ke dia sampai nak belasah macam tu sekali!!
AM tak nak cakap guna bahasa kasar, tapi ini sebenarnya dah cukup melampau..!!
Adam Adli dah masuk lokap.. (cerita dalam lokap tu tak tahu la macam mana.. Harap2 semua baik)
AM tak nak cakap semua polis bertindak luar kawalan..
AM pun ada saudara dalam kalangan polis...
No wonder la budak 15 tahun pun sampai mati kena tembak kan...
Buat Safwan Anang, Adam Adli, Syukri Razab, Shazni Munir dan AM rasa ramai lagi wira belakang tabir yang memperjuangakan suara2 mahasiwa ni... Teruskan perjuangan kalian... 
AM menantikan saat di mana suatu hari nanti negara akan diperintah oleh orang-orang seperti kalian...
(tapi AM nak rasa dulu berada di bawah pemerintahan ulama')

AM sayang Malaysia..
AM tak nak Malaysia tergadai...
AM tak sanggup tengok angka2 besar hutang negara...
dan banyak lagi kepincangan yang berlaku..
Rakyat Malaysia yang lain tak nak hidup aman macam AM ke?
Kalau nak: Buat pilihan bijak, ok???
:)



nota kaki: azam tahun baru AM: ?
(AM tak suka cakap ngan orang ap azam AM. Cukup Allah je tahu!!)