Sabtu, 30 Oktober 2010

AL-IBAHIYYAH: Melengkapkan Syarat Sebuah Kemusnahan

-Foto ihsan Malaysiakini.Com “If there is one lesson which history has taught us, it is the fundamental importance of will power, as much for nations as for individuals, and in every circumstance of life, great or small. Greek civilization ended in failure, not because of the lack of intelligence, but because of the lack of [...]
-Foto ihsan Malaysiakini.Com
“If there is one lesson which history has taught us, it is the fundamental importance of will power, as much for nations as for individuals, and in every circumstance of life, great or small. Greek civilization ended in failure, not because of the lack of intelligence, but because of the lack of character, of morality!” - George Sarton, petikan buku Introduction to the History of Science.
Bukan agama tidak memberitahu.
Bukan sejarah tidak membentang realiti.
Hanya diri yang angkuh menolak bukti.
Benarlah HEDONISM itu didefinisikan sebagai berpaksi kepada PSYCHOLOGICAL EGOISM.
Saya hampir-hampir tidak mampu membicarakan hal ini dari sudut Islam kerana tidak yakin apakah ada secebis Islam telah dirujuk dalam penghasilan polisi sebegini. Halal dan Haram sudah tidak kelihatan, istilah berkat dan laknat, jauh sekali.
Segalanya tulen bersifat pleasure minus pain.
Ke mana perginya pelbagai slogan, gagasan dan rancangan berkaitan Islam semenjak era Penerapan Nilai-nilai Islam ke zaman Islam Hadhari?
Modal insan?
Semasa media berbual panjang tentang pembuangan bayi, pertambahan jumlah penagihan dadah, pesakit AIDS, kemusnahan akhlak generasi muda malah tua, jenayah yang sudah tidak terkawal, zina yang sudah hampir tenggelam daripada kejanggalan budi, bagaimana Program Transformasi Ekonomi (ETP) menawarkan solusi berupa menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan?
Petikan PEMANDU.GOV.MY di bawah NATIONAL KEY ECONOMIC AREAS: TOURISM:
“4—Events, entertainment, spa and sports: Malaysia lags our neighbours in the magnitude and variety of events as well as in our nightlife offerings. Hosting more international events and promoting a vibrant nightlife is necessary to attract tourists and provide a boost to the tourism industry.”
Hanya dengan membuat perbanding bersama negara jiran, yang jelas mendukung falsafah negara yang berbeza, kita terlalu tergesa-gesa membuat kesimpulan tindakan mahu menawarkan kehidupan malam yang lebih.
Lupakah kepada Rukunegara?
Kepercayaan kepada Tuhan?
Kesetiaan kepada Raja dan Negara?
Keluhuran Perlembagaan?
Kedaulatan Undang-undang?
Kesopanan dan Kesusilaan?
Berapa yang tinggal?
LAPORAN MALAYSIAKINI.COM
Laporan Malaysiakini bertarikh 26 Oktober 2010 menyebut seperti berikut:
Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.
Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.
Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika – Adam Lambert yang seorang ‘gay’.
foto: Malaysiakini.Com
Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.
Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).
Kriteria berkenaan adalah:
* Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
* Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
* Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.
Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.
foto: Malaysiakini.Com
Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan
Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.
Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.
“Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020,” petik laporan itu.
Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan
Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.
Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.
Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.
SOLUSI APAKAH INI?
Pelancong-pelancong dari negara maju pergi ke destinasi seperi Malaga, Majorca, Ibiza, Faro, Alicante dan Palma untuk melempiaskan nafsu hedonistik mereka, kemudian pulang ke negara masing-masing untuk kembali memacu tamadun. Tiada satu pun lokasi itu menjadi simbol kemakmuran hidup dan kemajuan untuk dijadikan uswah menjana ekonomi negara kita Malaysia.
Justeru apakah yang dipercayai oleh manusia-manusia berkebijakan ekonomi perangka ETP ini?
Andai ada keuntungannya sekali pun, apakah ia mahu diraih di atas kemusnahan anak watan?
Atau kita memang teruja dengan hakikat bahawa nama-nama seperti Malaga, Majorca dan Ibiza itu adalah BEKAS TANAH AIR UMAT ISLAM? Seperti kemusnahan Beirut yang sudah lebih awal menjadi hub hiburan serantau bergelar Paris of the Middle East?
Mahu menjadikan Malaysia sebagai bekas tanah air umat Islam?
Sungguh sukar untuk difahami.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengeluh tentang gejala sosial, diskriminasi wanita, dan keruntuhan institusi rumahtangga, Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak cukup tangan menangani krisis sedia ada, tiba-tiba semuanya itu mahu digandakan dengan solusi sejelek ini.
Atau apakah semuanya hanya berupa sebuah hipokrasi?
PERMISSIVE SOCIETY
Biar pun UMNO berada di dalam mood survival dengan persembahan lemahnya pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, tanpa mengambil kira faktor terakhir itu, ETP dengan begitu drastik berani mempromosikan sebuah gagasan ke arah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai sebuah PERMISSIVE SOCIETY. Ia adalah istilah yang dirujuk kepada masyarakat yang norma-norma sosialnya semakin berubah menjadi liberal. Perubahan itu termasuk pada mengubah pandangan terhadap sesuatu yang pernah dianggap sebagai salah dan sesat.
Perkara yang baik dan buruk menurut neraca Islam, dinamakan sebagai MAARUF (معروف) vs MUNKAR (منكر). Perkataan MAARUF yang terbit daripada kata akar ‘ARAFA (عرف) itu bermaksud sesuatu yang diketahui umum (a norm) dan menjadi kebiasaan orang ramai. Manakala perkataan MUNKAR yang terbit daripada kata akar NAKARA (نكر)memberi maksud sesuatu yang dibantah atau diingkari kerana kejanggalannya terhadap masyarakat.
Betapa anjalnya perkataan itu, Allah Subhanahu wa Ta’aala mahu memperingkatkan kepada kita betapa definisi baik dan buruk amat terkait rapat dengan perkembangan amalan kebiasaan di persekitaran kita. Apabila usaha dakwah lumpuh, masyarakat mula menerima sesuatu yang jahat dan keji sebagai kebiasaan, maka kebaikan mula menjadi MUNKAR dan kejahatan menjadi MAARUF.
Itulah falsafah PERMISSIVE SOCIETY.
Ia disebut di kalangan pengkaji Islam sebagai AL-IBAHIYYAH (الإباحية) iaitu Gerakan Pengharus!
Gerakan yang berusaha untuk mengharuskan apa sahaja hingga hampir-hampir tiada pantang larang kecuali ‘jangan ganggu orang lain’.
Tragis sekali, kita sesungguhnya sedang menuju ke arahnya.
Antara yang mahu diubah: Syarat-syarat ketat yang polisi moral yang keterlaluan??? [petikan daripada PEMANDU.GOV.MY di bawah cabang TOURISM]
Marilah kita bersama merenung firman Allah yang Maha Esa ini buat peringatan kita bersama:
“Orang-orang Munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang daripada perbuatan yang baik. Dan mereka pula menggenggam tangannya (bersifat bakhil kedekut). Mereka telah melupakan Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang Munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.” [Al-Taubah 9: 67]
MASIH SEBUAH PELAN
Sesungguhnya masih belum terlambat. Masih punya masa. Nafas masih mengisi dada, mentari masih setia di ufuknya.
Nasihatilah diri dan keluarga, nasihatlah rakan dan jiran tetangga. Nasihatlah masyarakat dan orang ramai. Nasihatlah semua yang sampai nasihat kita kepadanya.
Namun nasihat khusus buat pemimpin negara, murka Tuhan jangan dileka, balanya ke atas kamu, kami dan anak-anak kita.
Akhirnya:
Oleh itu, biarkanlah mereka (Wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)! [al-Ma'aarij 70: 42]
Selamatkanlah negara kami ya Allah!
Julius Caesar sedang menggula-gulakan Rom dengan hiburan menuju kehancuran!

credit to:
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Jumaat, 22 Oktober 2010

HANYA SATU PENYELESAIAN, MANSUHKAN AUKU, BERIKAN KEPERCAYAAN KEPADA MAHASISWA


Saya kira keputusan untuk mengenakan tindakan terhadap dua orang mahasiswa UKM yang terlibat dengan perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bukan langkah yang tepat. Saya juga dengan tegas menyatakan bahawa mahasiswa akan tetap membantah sekiranya dua mahasiswa tersebut dikenakan tindakan tatatertib atas dasar menjunjung prinsip demokrasi berpelembagaan. Selaku pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS, saya berpandangan sudah tiba masanya konflik AUKU yang tidak pernah selesai ini disudahkan bagi membuka lapangan yang lebih selesa untuk mahasiswa berperanan sebagai negarawan muda.


Keterlibatan dua orang mahasiswa UKM dalam Perhimpunan Agung UMNO sebenarnya memberi petunjuk bahawa elemen Politik sudah tidak boleh dipisahkan daripada mahasiswa. Bagi saya, adalah tidak perlu untuk difikirkan samada mahasiswa patut terlibat dengan Parti Kerajaan atau Parti Pembangkang, kerana saya optimis mahasiswa sebagai generasi muda yang berprinsip tidak mudah untuk diperbodohkan.


Atas dasar ini saya mempercayai mahasiswa sentiasa sedar dengan keputusan yang diambil dan tindakan yang mereka lakukan. Maka saya tidak melihat keterlibatan mahasiswa UKM dalam perbarisan Perhimpunan Agung UMNO sebagai suatu yang janggal jika tindakan itu mereka lakukan dengan penuh rasional. Namun dengan adanya akta zalim AUKU, saya kira tidak ada jaminan untuk dua orang mahasiswa tersebut terlepas daripada tindakan tatatertib.


Begitu juga dengan isu empat orang mahasiswa UKM jurusan Sains Politik yang bakal berhadapan dengan tindakan tatatertib akibat terlibat dengan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Saya pasti kehadiran mereka ke Hulu Selangor adalah dengan penuh sedar ingin memerhati dan menjiwai semangat demokrasi melalui Pilihanraya Kecil tersebut. Namun sekali lagi AUKU bertindak sebagai pembunuh senyap yang mematikan semangat mahasiswa untuk terus cakna dan terlibat dengan arena politik negara.


Persoalan yang penting ialah, apakah begitu susah untuk pihak yang bertanggungjawab mempertahankan AUKU menghapuskan pandangan skeptikal terhadap mahasiswa?. Sekiranya pandangan mantan Naib Canselor UITM, Datuk Seri Prof Ibrahim Abu Shah terus dijadikan sandaran untuk merendahkan kematangan mahasiswa, saya kira negara yang kita cintai ini bakal berhadapan dengan kekontangan pelapis negarawan yang serius. Ekoran perkara ini, saya menyambut baik pandangan Ketua Pemuda UMNO, Sdra Khairy Jamaluddin yang menggesa pihak kerajaan memberi perhatian terhadap tuntutan mahasiswa yang ingin AUKU dimansuhkan.


Samada populis atau tidak, saya mengambil kenyataan tersebut dari sisi positif dengan mengambil kira Sdra Khairy Jamaluddin sebagai pemuda yang sudah pasti memahami aspirasi anak muda dan keperluan masa depan negara. Saya juga tidak teragak-agak untuk merancang satu kolaborasi dengan beliau semata-mata ingin memastikan mahasiswa mengecapi kebebasan berpolitik .

AHMAD SYUKRI B. AB RAZAB -KUIS

Pengerusi Majlis Politik Nasional

Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia

Isnin, 18 Oktober 2010

Jom!!Kaji Bajet 2011

LAPORAN UMUM BAJET 2011
Bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi”, Bajet 2011 ini akan menumpukan kepada 4 strategi utama berikut :
  1. Mendaya Kembali Pelaburan Swasta
  2. Membangun Modal Insan
  3. Mensejahterakan Hidup Rakyat
  4. Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam
Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010Perbelanjaan kos operasi – RM162.8 bilionPerbelanjaan kos pembangunan – RM49.2 bilion
  • Rizab negara berjumlah RM310.8b  bersamaan dengan nilai  8.5 bulan import tertangguh dan 4.3 kali lebih tinggi daripada hutang luar jangka pendek negara
  • Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
  • Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
  • Warisan Merdeka – Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
  • Pembinaan projek pembangunan bercampur termasukkediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
  • Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
  • Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asasmenggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
  • Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
  • Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
  • Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
  • Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah.Diantaranya adalah beg, kemeja, pengilat kuku, seluar dalam, baju tidur dan lain-lain lagi.
  • Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.Ini merupakan langkah yang baik bagi melindungi pekerja-pekerja swasta dan bekerja sendiri.
  • Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel(Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
  • Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit dimana sebelum ini di antara 5%-10%.
  • RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
  • RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
  • Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
  • RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
  • Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
  • Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempohcuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
  • Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama.Ini merupakan satu lagi langkah yang bijak.
  • Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus. Tarikh berkuatkuasa pelaksanaan cadangan ini ialah pada 1 Januari 2011. Ia terkandung dalam cadangan Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat hari ini. Kadar ini tidak diaplikasikan ke atas kad kredit di mana cukai perkhidmatan dicajkan pada kadar khusus RM50 setahun ke atas kad utama dan RM25 untuk kad kedua.
  • Elaun pemimpin masyarakat dinaikkan kepada RM800 sebulan. Elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru akan dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat.
  • RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
  • RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia.
  • Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam. Satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam akan menggantikan sistem PTK yang akan dimansuhkan menjelang Jun tahun depan
  • Kakitangan Gred 54 ke bawah, pesara terima bantuan kewangan khas RM500. Sebagai menghargai sumbangan 1.2 juta penjawat awam seluruh negara yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif kerajaan, serta dengan harapan dan pesanan supaya penjawat awam terus berusaha, kerajaan setuju memberi Bantuan Kewangan Khas RM500 kepada kakitangan awam Gred 54 ke bawah, termasuk petugas kontrak dan pesara yang dibayar Disember ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
  • Kerajaan memperuntukkan RM 111 juta untuk Program Permata. Ianya bagi membiayai pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar,32 Pusat Anak Permata Negara(PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.
  • Kadar tol di 4 Lebuhraya utama kendalian Plus Ekspressway Berhad tidak dinaikkan selama 5 tahun bermula serta-merta.

http://beritasemasa.com/pembentangan-bajet-2011-belanjawan








Laporan Penuh Pembentangan Bajet 2011

  • · Pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak 
    15 Okt   12.49pm
    · Bajet 2011 kali ini bertemakan Transformasi Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi15 Okt   3.45pm
    · Pembukaan bajet strategi pertama adalah mendaya kembali pelaburan swasta.15 Okt   4.10pm
    · Fokus pada pembangunan strategik berimpak tinggi, Projek MRT dengan kos pelaburan swasta kira-kira 40 billion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020, pembangunan tanah lembaga getah Malaysia, dan pembinaan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia.15 Okt   4.28pm
    · Pasaran Modal Islam akan terus diunggulkan15 Okt   4.30pm
    · Yayasan Amanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz satu billion ringgit dan patuh syariah15 Okt   4.33pm
    · Dana pencen swasta: pelepasan cukai pendapatan sehingga 6 ribu ringgit sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP.15 Okt   4.34pm
    · 857 juta ringgit disediakan untuk syarikat yang melabur dalam aktiviti E&E terumata di Pulau Pinang & Kulim High-Tech Park di Kedah15 Okt   4.35pm
    · 146 juta ringgit di peruntukkan untuk industri minyak, gas, dan tenaga yang merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negara.
    15 Okt   4.37pm
    · Pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak 
    15 Okt   12.49pm
    · Bajet 2011 kali ini bertemakan Transformasi Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi15 Okt   3.45pm
    · Pembukaan bajet strategi pertama adalah mendaya kembali pelaburan swasta.15 Okt   4.10pm
    · Fokus pada pembangunan strategik berimpak tinggi, Projek MRT dengan kos pelaburan swasta kira-kira 40 billion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020, pembangunan tanah lembaga getah Malaysia, dan pembinaan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia.15 Okt   4.28pm
    · Pasaran Modal Islam akan terus diunggulkan15 Okt   4.30pm
    · Yayasan Amanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz satu billion ringgit dan patuh syariah15 Okt   4.33pm
    · Dana pencen swasta: pelepasan cukai pendapatan sehingga 6 ribu ringgit sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP.15 Okt   4.34pm
    · 857 juta ringgit disediakan untuk syarikat yang melabur dalam aktiviti E&E terumata di Pulau Pinang & Kulim High-Tech Park di Kedah15 Okt   4.35pm
    · 146 juta ringgit di peruntukkan untuk industri minyak, gas, dan tenaga yang merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negara.
    15 Okt   4.37pm
    · Pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak 
    15 Okt   12.49pm
    · Bajet 2011 kali ini bertemakan Transformasi Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi15 Okt   3.45pm
    · Pembukaan bajet strategi pertama adalah mendaya kembali pelaburan swasta.15 Okt   4.10pm
    · Fokus pada pembangunan strategik berimpak tinggi, Projek MRT dengan kos pelaburan swasta kira-kira 40 billion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020, pembangunan tanah lembaga getah Malaysia, dan pembinaan menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia.15 Okt   4.28pm
    · Pasaran Modal Islam akan terus diunggulkan15 Okt   4.30pm
    · Yayasan Amanah Bumiputera akan melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera dengan saiz satu billion ringgit dan patuh syariah15 Okt   4.33pm
    · Dana pencen swasta: pelepasan cukai pendapatan sehingga 6 ribu ringgit sedia ada bagi caruman pekerja kepada KWSP.15 Okt   4.34pm
    · 857 juta ringgit disediakan untuk syarikat yang melabur dalam aktiviti E&E terumata di Pulau Pinang & Kulim High-Tech Park di Kedah15 Okt   4.35pm
    · 146 juta ringgit di peruntukkan untuk industri minyak, gas, dan tenaga yang merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan ekonomi negara.
    15 Okt   4.37pm
    · Dalam menyuburkan sektor pertanian, kerajaan memperuntukkan 3.8 billion ringgit bagi tahun 2011
    15 Okt   4.40pm
    · Merancakkan industri pelancongan: antaranya 85 juta ringgit untuk pembinaan hotel & resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi. 50 juta untuk membina laluan pejalan kaki di kawasan lingkaran KLCC ke Bukit Bintang
    15 Okt   4.44pm
    · Meningkatkan potensi industri teknologi maklumat dan ICT: 1119 Juta ringgit di peruntukkan untuk program MY Creative Content, melanjutkan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar selama 2 tahun.
    15 Okt   4.47pm
    · Telifon bimbit biasa dikenakan cukai 10 peratus manakala telifon bimbit yang mempunyai aplikasi seperti internet atau PDA, dikecualikan cukai jualan. bagi tujuan penyelarasan, cukai jualan dikecualikan ke atas semua jenis telefon bimbit.
    15 Okt   4.48pm
    · 91 juta ringgit untuk pembangunan modal insan dalam industri perkhidmatan penyelenggaraan, baik pulih, dan rombak & rawat atau MRO, program latihan kejuruteraan aerospace dan aeronautical.
    15 Okt   4.50pm
    · Pembangunan koridor dan wilayah dengan bajet 850 juta ringgit.
    15 Okt   4.51pm
    · 229 juta untuk projek Iskandar Malaysia – untuk membina jalan, kawasan perumahan, menyediakan & memperbaiki perkhidmatan pengakutan awam
    15 Okt   4.52pm
    · Projek yang di jangka siap dalam tahun 2011 adalan Newcastle University Medicine Malaysia, Chelsea Factory Outlet, serta Legoland dan Marlbrough College pada tahun 2012.
    15 Okt   4.53pm
    · Industri Kreatif: 200 juta ringgit di sediakan untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama & dokumentri keluaran tempatan
    15 Okt   4.54pm
    · Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran berbayar
    15 Okt   4.55pm
    · Memperkukuhkan kedudukan kewangan negara dengan memantapkan kutipan hasil dan memastikan perbelanjaan secara berhemat. Ini termasuk menekankan nilai value-for-money dan value management
    15 Okt   4.55pm
    · 29.3 billion ringgit untuk kementerian pembelajaran, 10.2 billion ringgit untuk kementerian pengajaran tinggi dan 627 juta ringgit untuk kementerian Sumber Manusia – khas untuk pembangunan modal insan
    15 Okt   4.56pm
    · Menubuhkan Talent Corp di bawah jabatan Perdana Menteri pada awal tahun 2011 untuk menambah bilangan tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti
    15 Okt   4.57pm
    · 6.4 billion untuk menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profession guru. 213 juta ringgit lagi di bajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi.
    15 Okt   4.58pm
    · 111 juta untuk projek PERMATA
    15 Okt   4.59pm
    · 250 juta ringgit untuk sekolah bantuan modal agama, sekolah jenis kebangsaan cina, sekolan kebangsaan tamil, sekolah bantuan modal mubaligh, sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
    15 Okt   5.00pm
    · Kerajaan setuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan 95 juta ringgit
    15 Okt   5.00pm
    · Biasiswa kepeada guru serta tenaga pengajar yang ingin melanjutkan pelajaran 576 juta ringgit
    15 Okt   5.00pm
    · 213 juta ringgit di peruntukan abgi mengangkat tinggi penguasaan bahasa malaysia, bahasa inggeris & memperkemas kukurikulim.
    15 Okt   5.02pm
    · Memperkasa Pengajian Tinggi: Menambah peratusan akademik berkelulusan PHD denagn peruntukan 20 juta ringgit
    15 Okt   5.02pm
    · Menambah baik IPTA & pensyarah boleh di pertimbangkan kenaikkan pangkat ke pringkat tertinggi gred turus.
    15 Okt   5.02pm
    · 60 juta ringgit bagi mempergiatkan lagi Program Industrial Skill Enhancement Programme di pusat latihan negeri.
    15 Okt   5.03pm
    · 220 juta untuk siswazah jurusan lain dan 50 juta ringgit untuk Multimedia Development Corporation untuk melatih graduan dalam bidang ICT.
    15 Okt   5.03pm
    · 474 juta ringgit untuk golongan bukan siswazah
    15 Okt   5.04pm
    · Program Latihan 1 Malaysia sebanyak 500 juta ringgit khas untuk menambah ilmu pengetahuan melalui penigkatan kemahiran & mempelajari kemahiran baru
    15 Okt   5.05pm
    · Meningkatkan produktiviti pekerja
    15 Okt   5.05pm
    · Kadar dan mekanisme penetapan gaji minimum: 500 hingga 700 ringgit sebulan. Dengan kenaikkan ini, pendapatan keseluruhan pengawal keselamatan termasuk elaun adalah seribu ringgit sebulan berkuata kuasa 2011
    15 Okt   5.06pm
    · Memperluas penglibatan wanita dalam ekonomi – 30 juta ringgit untuk program inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan mengadakan Anugerah Perdana Usahawan dan Tokoh Aktivis Wanita sempena hari wanita 2011
    15 Okt   5.08pm
    · Kerajaan memberi fleksibiliti untuk tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini
    15 Okt   5.09pm
    · Pembangunan sukan negara: 356 Juta Ringgit unruk pengurusan aktiviti sukan
    15 Okt   5.10pm
    · Menubuhkan Akademi Bola Sepak di Pahang dengan peruntukan 20 Juta ringgit
    15 Okt   5.10pm
    · Bagi tahun 2011 kerajaan memperuntukkan 1.2 billion ringgit kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & masyarakat untuk menjalankan program berbentuk kebajikan & kemasyarakatan
    15 Okt   5.12pm
    · Meningkatkan pemilikan rumah – 568 juta ringgit disediakan bagi membina 300 unit kediaman di bawah projek bantuan perumahan bandar, 79 ribu unit di bawah program perumahan rakyat dan 8 ribu unit di bawah projek bantuan sewa.
    15 Okt   5.15pm
    · 50 juta bagi membantu golongan pekerja estet yang akan dikendalikan oleh bank Simpanan Nasional.
    15 Okt   5.16pm
    · Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas yang akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga di bawah 220 ribu ringgit (khas untuk pendapatan 3 ribu ringgit sebulan dan terutama untuk golongan muda)
    15 Okt   5.17pm
    · Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar – 6.9 biliion ringgit untuk perlaksanaan infrastuktur asas seperti bekalan air, elektrik & jalan luar bandar.
    15 Okt   5.19pm
    · Meringankan Beban Hidup Rakyat: 947 juta ringgit sebagai subsidi harga padi, baja, benih padi, serta 230 juta ringgit untuk insentif pengeluaran dan peningkatan hasil padi
    15 Okt   5.20pm
    · Kerajaan juga akan menyediakan sejumlah 170 juta ringgit bagi insentif hasil tangkapan ikan nelayan serta pemilik bot untuk meningkatkan hasil tangkapan
    15 Okt   5.20pm
    · 200 juta untuk program pengedaran barang perlu seperti beras, minyak masak, gula, tepug terutama di Sabah & Sarawak
    15 Okt   5.20pm
    · 500 juta ringgit unruk membantu kontraktor kelas F di seluruh negara
    15 Okt   5.22pm
    · Menaikkan elaun bulanan Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Persekutuan, Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru kepada 800 ringgit sebulan
    15 Okt   5.23pm
    · Elaun imam naik 450 ringgit kepada 750 ringgit sebulan.
    15 Okt   5.24pm
    · Guru KAFA dinaikkan ke 800 ringgit sebulan berbanding 500 ringgit
    15 Okt   5.25pm
    · Pembangunan orang asli & pribumi – peruntukkan 100 juta ringgit terutama untuk menyelesaikan isu pegangan hak milik tanah & pembangunan penempatan orang asli.
    15 Okt   5.25pm
    · Mengurangkan kos pengangkutan: harga tol PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang bermula serta merta
    15 Okt   5.26pm
    · 15.2 billion ringgit di peruntukkan untuk membina hospital baru, menambah bilangan doktor & jururawat serta mendapat bekalan ubat dan peralatan perubatan
    15 Okt   5.27pm
    · Membanteras jenayah & Menjamin Keselamatan: 350 juta ringgit untuk program membanteras jenayah & untuk skim rondaan sukarela terutama di kawasan berisiko tinggi.
    15 Okt   5.28pm
    · Memperkasa Peranan Badan Bukan Kerajaan: 70 juta ringgit bagi program yang melibatkan NGO terpilih yang turut membantu mengurangkan kes kes rempit, pembuangan bayi, mat rempit dan gangsterisme
    15 Okt   5.29pm
    · 1.9 billion untuk pemuliharaan alam sekitar
    15 Okt   5.30pm
    · Memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam dengan mempermudah berurusan dengan agensi kerajaan
    15 Okt   5.32pm
    · Menghargai sumbangan penjawat awam: 500 ringgit untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah
    15 Okt   5.33pm
    · Menaikkan kadar bantuan mengurus jenazah kepada 3 ribu ringgit
    15 Okt   5.35pm
    · Penjawat awam – dibenarkan membeli hartanah daripada ibu, bapa, anak & adik beradik
    15 Okt   5.36pm
    · Cadangan 212 billion untuk RMK-10, NKRA dan NKEA
    15 Okt   5.37pm
    · Bajet kali ini merupakan bajet ke -53 pasca merdeka yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Melalui 53 bajet, 10 RMK, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang & 1 Misi Nasional, Bajet 2011 menjadi binkisan penting serta langkah pertama dalam menempatkan Malaysia di ambang status negara maju berpendapatan tinggi.
    15 Okt   5.43pm