Isnin, 26 Disember 2011

hingga akhir zaman...

bismillah walhamdulillah
selawat dan salam buat Rasulullah SAW

Alhamdulillah
AM masih boleh menerus kerja-kerja dakwah melalui alam maya
masih boleh bernafas menggunakan oksigen Allah secara percuma
masih boleh menggerakkan anggota badan dan pancaindera 
hingga hari ini...

sungguhpun
terlalu banyak lagi kelemahan 
sungguhpun
terlalu banyak dosa dan kelalaian
sungguhpun
terkadang alpa dengan nikmat keduniaan
sungguh
manusia itu sememangnya 'an-nisyan'
manusia memang mudah lupa
perlu kepada peringatan
alhamdulillah...

AM masih ingat
dahulu....AM pernah mempunyai sebuah buku
'KISAH NABI-NABI'
buku yang menceritakan semua kisah nabi-nabi kita 
yang sesuai untuk pembacaan kanak-kanak berusia 8-11 tahun
mungkin sekitar usia itulah AM membacanya

dan sekarang..AM juga mempunyai sebuah lagi buku
malah lebih lengkap
dan kisah nabi-nabi di dalamnya lebih meyentuh hati
buku apa?
itulah AL-QURAN
yang mana jika kita lihat dalam surah AL-ANBIYA'
bermula dengan ayat 48 hingga ke akhir surah penuh dengan kisah nabi-nabi  
dan jika benar kita menghayatinya
pasti dugaan yang kita sedang hadapi sekarang
atau akan datang 
bukan apa-apa bagi kita
bukan penjatuh semangat kita
bukan penghalang untuk kita terus mencuba
kenapa??

kerana kita tahu
MEREKA sebelum ini lebih banyak menderita
lebih banyak diuji sabarnya
lebih perit ujiannya
namun demi Islam ditegakkan
demi Islam disebarkan
demi umat akan datang 
MEREKA tetap teruskan
tetap berusaha dan takkan berpatah arang

apa sebenarnya yang ingin AM sampaikan??
JANGAN TINGGALKAN AL-QURAN
AL-QURAN petunjuk manusia
AL-QURAN sumber rujukan manusia
AL-QURAN itu dijaga dan dipelihara isinya
AL-QURAN kekal abadi selamanya....
hingga akhir zaman....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan