Isnin, 26 Disember 2011

hingga akhir zaman...

bismillah walhamdulillah
selawat dan salam buat Rasulullah SAW

Alhamdulillah
AM masih boleh menerus kerja-kerja dakwah melalui alam maya
masih boleh bernafas menggunakan oksigen Allah secara percuma
masih boleh menggerakkan anggota badan dan pancaindera 
hingga hari ini...

sungguhpun
terlalu banyak lagi kelemahan 
sungguhpun
terlalu banyak dosa dan kelalaian
sungguhpun
terkadang alpa dengan nikmat keduniaan
sungguh
manusia itu sememangnya 'an-nisyan'
manusia memang mudah lupa
perlu kepada peringatan
alhamdulillah...

AM masih ingat
dahulu....AM pernah mempunyai sebuah buku
'KISAH NABI-NABI'
buku yang menceritakan semua kisah nabi-nabi kita 
yang sesuai untuk pembacaan kanak-kanak berusia 8-11 tahun
mungkin sekitar usia itulah AM membacanya

dan sekarang..AM juga mempunyai sebuah lagi buku
malah lebih lengkap
dan kisah nabi-nabi di dalamnya lebih meyentuh hati
buku apa?
itulah AL-QURAN
yang mana jika kita lihat dalam surah AL-ANBIYA'
bermula dengan ayat 48 hingga ke akhir surah penuh dengan kisah nabi-nabi  
dan jika benar kita menghayatinya
pasti dugaan yang kita sedang hadapi sekarang
atau akan datang 
bukan apa-apa bagi kita
bukan penjatuh semangat kita
bukan penghalang untuk kita terus mencuba
kenapa??

kerana kita tahu
MEREKA sebelum ini lebih banyak menderita
lebih banyak diuji sabarnya
lebih perit ujiannya
namun demi Islam ditegakkan
demi Islam disebarkan
demi umat akan datang 
MEREKA tetap teruskan
tetap berusaha dan takkan berpatah arang

apa sebenarnya yang ingin AM sampaikan??
JANGAN TINGGALKAN AL-QURAN
AL-QURAN petunjuk manusia
AL-QURAN sumber rujukan manusia
AL-QURAN itu dijaga dan dipelihara isinya
AL-QURAN kekal abadi selamanya....
hingga akhir zaman....



Rabu, 21 Disember 2011

Jadilah Mahasiswa Mabuk!

Assalamualaikum
Semoga kalian masih sudi membaca sedikit tulisan Am ni
Sejak kebelakangan ini,Am memang sengaja menulis pasal mahasiswa
Sedang ramai Mahasiswa tikus (penakut)
sibuk melayan buku untuk persediaan peperiksaan
Masih ada mahasiswa-mahasiswa yang mabuk!
mabuk mencari keredhaan Allah




Mereka berhajat pada sesuatu yang TIDAK PERNAH ADA TANDINGANNYA DIMUKA BUMI INI
HAJAT YANG MENYEBABKAN MEREKA SEMUA INI MABUK!
MABUK PAHALA!!!!
MEREKA BOLEH MAKA APA SAHAJA

BILA MASA MEREKA MAHU MAKAN KETIKA ITU JUGA PASTI DIMAKBULKAN
MEREKA BOLEH MINUM
MINUMAN YANG MENGALIR SEPERTI SUNGAI-SUNGAI YANG TIDAK PERNAH ADA HUJUNGNYA

MEREKA TIDAK AKAN PERNAH DAHAGA
MEREKA TIDAK AKAN PERNAH LAPAR

SEMUA ITU DATANG DARI ALLAH TAMPA PERANTARA


SAHABAT-SAHABAT KITA ITU



kenal dengan ayat Allah


`sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin DIRI dan HARTA  mereka dengan memberikam syurga untuk mereka,`

mereka berperang pada jalan Allah
lalu mereka membunuh atau terbunuh

dan siapakah yang lebih menepati janjinya(selain) daripada Allah?


MAKA BERGEMBIRALAH DENGAN JUAL BELI YANG KAMU LAKUKAN ITU
DAN ITULAH KEMENANGAN YANG BESAR


AT TAUBAH (SURAH 9, AYAT 112) (9;112)





MEREKA-MEREKA ITU
melibatkan diri dalam era ini
di dalam dakwah ini,
dalam era permasalahan!era lesu,krisis dan bisu 

kerana insan-insan menikus seperti kita..
berseronok DAN TERUS ALPA



SAYA BENTANGKAN DI SINI 1 KISAH PADA ZAMAN RASULULLAH


BILA MANA DIAKHIR ZAMAN INI

UMAT ISLAM BANYAK!!!

BANYAK SEPERTI BUIH-BUIH DILAUTAN...




TETAPI..
LANGSUNG TIDAK BERGUNA...


ALLAH CABUTKAN KETAKUTAN KEPADA MEREKA OLEH MUSUH-MUSUH MEREKA



KERANA APA??



KERANA PENYAKIT W.A.H.A.N


PENYAKIT CINTAKAN DUNIA DAN TAKUTKAN MATI

PENYAKIT PENTINGKAN DIRI SENDIRI!!!!!!!


RASULULLAH SAW TELAH MEMBERI AMARAN KEPADA KITA

BAHAWA PADA AKHIR ZAMAN INI

RAMAI AKAN ADA ORANG SEPERTI INI



adakah kita termasuk dalam golongan ini??



BERAPA KALI ALLAH ULANG DALAM AL-QURAN

`tidakkah kamu mengambil pelajaran?`



al quran itu rujukan terbaik kita..

tapi sejauh mana kita memegangnya??


cuba memahaminya...




wahai orang yang mencintai akhirat

TAWARKAN DIRIMU UNTUK MENYERTAI SEBAHAGIAN DARI PENYELESAINYA


PUJUKLAH DIRIMU WAHAI SI PENGELUH!!



JADIKAN DIRIMU

PENYUMBANG TERHADAP KECEMERLANGAN ISLAM DALAM MENEGAKKAN KALIMAH LAILAHILALLAHMUHAMMADRASULULLAH


ATAU


PENAWAR KEPADA RACUN-RACUN SEKULAR YANG ADA DINEGARA KITA INI DENGAN MENEGAKKAN HUKUM ISLAM






BILA AIRMATA MU JATUH KERANA KEPERITAN INI



yakinlah


Airmata itu akan menjadi pemadam kepada kesakitan siksa api neraka kelak...



`Allah memberi hidayah kepada seseorang manusia melalui perantaraannya`

jika tulisan ini yang mengetuk pintu hatimu


maka bersyukurlah...


JIKA BUKAN KAMU YANG YAKIN DAN BERKERJA UNTUK AGAMA ALLAH


SIAPA LAGI??



sekian.
wallahualam..



Selasa, 20 Disember 2011

Adam Adli !! Arif Alfian!! Bro Ludah!! hero minggu ini!

Assalamualaikum
jumpa lagi kita hari ini..

Minggu ni Am yakin,sahabat-sahabat yang rajin menjengah facebook
pasti akan didedahkan dengan segala tentang  3 hero ini

hero yang mempunyai agenda yang tersendiri..
hero yang ada kisah tersendiri..




kita mulakan dengan Arif Alfian
Am bukanlah nak kutuk dia..

cuma Am nak kita bersama-sama buka mata

akademik memanglah penting
tapi akademik bukanlah segala-galanya


kalau kita seorang ibu
kita dibenarkan memilih

antara Arif yang profesional dan gay nya
dan ahmad yang tukang kebun dan cintakan agama


mana kita nak???

kes Arif??
siapa yang nak di salahkan??

Am bukan nak salahkan sesiapa..

tapi ini bukan kes gay pertama pelajar luar negara kita

tapi

baru pertama kali di sebar luas oleh pelakunya sendiri..


Sebelum pelajar luar negara nak pergi luar negara
mereka perlu jalani BTN

BTN untuk apa?
untuk pastikan mereka ada rasa cintakan negara
jangan pergi negara orang, tak balik-balik lagi..


Mungkin kerajaan kena tambah lagi satu perkara

sebelum pergi luar negara

pergi kem AKIDAH DAN IBADAH!!

masuk pondok boleh seminggu

supaya MEREKA TAK LUPAKAN AGAMA




kalau BANGSA ADA DANA UNTUK DI JAGA

WHY NOT AGAMA????


kemudian mereka tak mengaku

mereka 

tak mengaku rasis lagi? ok.. abaikan..



nak salahkan siapa si Arif ni????

ok.... 


masuk kisah Adam Adli..

hero tokoh bakal guru yang diangkat dan dikutuk

kawan-kawan di UPSI
duduk buat Demonstrasi..

SUpaya jangan ingat PERLAKUAN ADAM TU SUARA RAMAI





adam adli tu..ada agenda dia (kata mereka lah)


buatlah demo, tunjuk... konon-konon menentang Adam Adli..


TAKUT..

TAKUT NANTI KPM TAK BAGI MEREKA POSTING


TAKUT KPM PANDANG SENGET


KAKAK ABANG KORANG PUN TAK POSTING LAGI LAH...



ADA YANG BERANI BERSUARA


ADA YANG TAKUT LA

WIEEHHHH



DENGAR SINI


Adam Adli,cuba mengajar kita..


wakil kepada mahasiswa-mahasiswa yang ambil peduli


bahawa


kerajaan itu, pembantu rakyat!

bukan tuan rakyat!

kerajaan itu,rakyat yang pilih


jadi... 

siapa tuan?? siapa pekerja??


kalau awak pergi temuduga

adakah yang memilih awak jadi pekerja itu..

akan jadi kuli awak??

pastinya

ORANG YANG MEMILIH ITU TUAN

YANG DIPILIH ITU KULI


KITA YANG MEMILIH PEKERJA-PEKERJA KITA

UNTUK URUS TADBIR NEGARA KITA SECARA TELUS


NEGARA KITA ADA HASIL
PERLU ADA PENTADBIR


SEBAB TU LA..

KITA KENA PILIH SECARA BETUL

SUPAYA KITA TIDAK DITIPU!!!!!!!



KALAU KERAJAAN BAGI DUIT 
18RATUS RIBU SEORANG PUN



ITU DUIT HASIL NEGARA
MEMANG UNTUK RAKYAT



SEBENAR-BENAR REZEKI ITU DARI ALLAH


KENAPA KITA TAKUT TUKAR KERAJAAN???



DAH TERLARI TOPIK PULA..


ADAM ADLI LAGI..


SEBAGAI MAHASISWA KANDANG

YANG HANYA TAHU

MAKAN.TIDUR,BELAJAR (HAFAL-HAFAL)

KITA PATUT MALU DENGAN ADAM

JANGANLAH KUTUK-KUTUK KALAU ANDA HANYA AMBIL CERITA SEPARUH-SEPARUH


KALAU SEMUA MAHASISWA PENDIDIKAN TAKUT NAK BERSUARA


TAKUT TAK DAPAT POSTING


MAKA SAH LAH

MAHASISWA PENDIDIKAN TAK PERLU NAK BERMIMPI PROFESION KALIAN AKAN TERUS DIHORMATI



HANYA PROFESIONAL SAHAJA BOLEH MENGAJAR




NAK MENEGUR PUN TAKUT


KALAU HANG TAK BOLEH NAK TEGUR!!!! SUPPORT LA SIKIT WIEH...







NI LA GENG-GENG YANG KONONNYA NAK MENDIDIK ANAK BANGSA



TAPI DIRI SENDIRI TIDAK TERDIDIK

TEGUR SIKIT MERAGAM



TAHU MEMBODEK SAHAJA!!!!!!


TAK JADI YB LAGI DAH KUAT MEMBODEK!!


MACAM MANA GOLONGAN PENDIDIK NAK DIANGKAT


KALAU SELAMANYA DIAJAR MEMBISU?



bawa-bawa la bincang ye kawan-kawan bakal pendidik


kalau dalam sirah pun,


ada yang berani menegur pemimpin

kenapa kita tidak sekarang??

Adam adli itu,cuba berlatih menjadi bakal guru yang sebenar


dia menegur,apa yang patut ditegur


tegur secara terhormat pula..


kenapa?


kerana bendera itu langsung tidak dipijak


hanya diturun kan

dan dinaikkan balik dalam keadaan yang BAIK



itu hanya simbolik amaran

PM perlu melakukan sesuatu perubahan supaya jangan sampai PM dijatuhkan dalam PRU akan datang


BUKAN KAH ITU LEBIH BAIK??

MENEGUR PADA YANG BENAR...

DARIPADA BERSETUJU PADA PERKARA YANG TERANG-TERANG TIDAK BENAR?






FIKIRKAN...



DAN BRO TERHANGAT..


Bro Ludah...

Anda kan Panglima Melayu

Pejuang Bangsa



KALAU BETUL-BETUL PEJUANG BANGSA MACAM ANDA


BUAT MALU JE WEIHHH

LEBIH BAIK TAK ADA BANGSA MELAYU 
KALAU HANYA TAHU LUDAH-LUDAH


BUAT MALU SANGAT-SANGAT..



tapi


Am tak adalah sampai doakan tiada bangsa Melayu



Melayu tetap perlu dijunjung..


TAPI AGAMA ITU PERLU DIUTAMAKAN dalam SEGALA HAL


tengoklah kalian

mahu ke memilih ketua kepada wakil-wakil peludah itu sebagai pemimpin???



lu fikir lah sendiri


wassalam..




Isnin, 19 Disember 2011

di Sana Menanti,Di Sana MenunGgu

Assalamualaikum wbt..
sejak akhir-akhir ni.. Am macam pening sikit..
melihat masyarakat..
melihat apa yang berlaku di sekeliling..

kadang-kadang orang kata..
kita banyak salah faham dalam komunikasi ni
bukan kerana salah tatabahasa
tapi kerana
salah tataberbahasa..

bila ada yang nak meludah mahasiswa
Am rasa sentap juga..
Am hormati pendirian dia nak tegakkan bangsa..
tapi..
Am sedih bila dia tak pun tegakkan agama!
kenapa Am cakap macam tu??

pasal ada satu gambar Am dapat ,gambar panglima bangsa itu dengan gadis melayu
MasyaAllah
seksi dan siksa!
Am tak nak post kat sini pasal Am tak nak mengotorkan blog Am ni..
Am tahu dia sayang bangsa..

tapi kita nak dahulukan agama ke bangsa?
kita masuk syurga dengan bangsa ke??


Am bukan nak kata dia assobiyah...tidak..

Dato Saifuddin pernah cakap,
Mahasiswa kita lemah, lembik, tak ada pemikiran kreatif,kritis
kerana mereka tidak dibebaskan berfikir!

mungkin sebab tu Am rasa, Dato Saifudin berkobar-kobar perjuangkan isu pelajar..


Am juga nak nasihatkan kawan-kawan semua,
yang kurang berminat pada sesetengah perkara..

kita kena ingat,
dalam dunia ni,ada yang suka muzik, memasak,membaca, menulis,
main hoki, main mata (ooppss), ataupun apa-apa sahaja..


tetapi,

selagi dia tak melanggar batasan agama

tak perlu untuk kita 
MENGUTUK,MENGEJI MEREKA

atas alasan,aku tak minat

takut takut nanti

mereka itulah yang akan jadi pemimpin kita pada masa akan datang..


Am tanya sahabat-sahabat Am..

ramai suka Islam..

ramai akui Islam itu benar..

ramai sukakan kebaikan..


tapi tak ramai nak berkorban untuk menangkan Islam

ramai tidak yakin dengan janji Allah


kenapa dekat universiti..

kita boleh bagi kepercayaan kepada pemimpin yang kita yakin baik hubungannya dengan Allah

tapi kenapa dekat dunia sebenar

kita takut???

sedangkan kita tidak pernah berani memberi peluang kepada mereka..


Kita akan dipertanggungjawabkan dengan segala yang kita buat..


ramai orang takut..

ramai orang takut melakukan perubahan..


ramai orang yang menilai menggunakan satu sumber sahaja..


selepas tu telan bulat-bulat


ADILKAH KITA MENILAI DENGAN MENDENGAR SEBELAH PIHAK SAHAJA???





Am balik kampung..


ada 2 program malam tu

 rumah Am di tengah-tengah

kalau ke kiri..

ada konsert anjuran sebuah parti

ke kanan

ada ceramah keagamaan anjuran sebuah parti


lepas tu???


sifir perkiraannya sangat mudah kawan-kawan...


di Sana SYurga Menanti jika kita berusaha memilih syurga


di Sana Neraka juga menunggu jika kita berusaha memilih neraka... ATAU BUAT TAK TAHU DENGAN PANGGILAN SYURGA




benar.. 

syurga itu rahmat Allah


TAPI TIDAK MALUKAH KITA UNTUK KE TEMPAT MAKSIAT DENGAN NIAT


`YA ALLAH,SAHAJA AKU KE TEMPAT MAKSIAT KERANA RAHMATMU`


agak-agak boleh dapat ke??


kalau berdakwah tak apa.. 


tapi kalau berseronok??


tidak malukah kita???



Masa akan terus berjalan..

Malaikat masih setia mencatat kanan dan kiri..


Am hanya insan yang cuba mengingatkan teman-teman..



JANGAN TAKUT

DALAM MELAKSANAKAN KEBENARAN


KALAU KITA TIDAK MAMPU MENZAHIRKAN...


TIDAK MENGAPA


TAPI PADA SAAT ITU TIBA


KITA BUAT PILIHAN YANG BETUL


PILIHAN ITU RAHSIA KITA DENGAN ALLAH



PILIHAN ITU

MEMBUKTIKAN KITA BAHAWA KITA SAYANGKAN ISLAM


MANA TAHU

kerana 1 pilihan yang betul itu

pilihan bahawa kita sayangkan Islam

bersama-sama pemimpin yang sayangkan Islam..


ALLAH MENYEDIAKAN GANJARAN YANG BESAR UNTUK KITA..


SIAPA TAHU???


kita sorang-sorang akan menjawab depan Allah nanti



syurga atau neraka
anda pilih

islam atau separuh-separuh islam
anda pilih


segalanya dipihak kawan-kawan

dan


sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara

akan berada dalam perkiraan Allah


takutlah kita kepada Allah

jangan mudah-mudah kita menentang Islam...




Wallahualam...

Selasa, 13 Disember 2011

Gua Punya Cerita.

Assalamu'alaikum. Selamat malam *gua tulis benda ni sambil menikmati udara malam yang enak..alhamdulillah*ok. gua nak kongsi cite panas gua. di bawah gambar gua mase kecik2 dulu.


caye tak? hahaha. memang gua tipu sebab gua lebih ensem, lawa, manis dari budak dlm gambar nih.. haha* 
ok. siyes balek *bila masa yang gua tak siyesnye..haha*
Gua nampak luorang bizi gila pehal ek.?
Cuti buat la style cuti.. bizi nak mampos berusrah bagai, berkuliah segala buat apakah?
Balek-balek muka lu orang jugak dok terpacak ajak gua solat jumaat la, solat subuh sampai isyak..macam nak ajak gua bermastautin kat masjid tu pekehal nye?

Islam dah nak menang bro! Lu tak nak jadi sebahagian dari para soldier yang memenangkan Islam itukah?

Alahai.. gua ade ke, gua tak de ke, Islam tetap menang kan..?
 Ade gua kesah...
 Kesah pule gua.. ceh..
 luorang teruskanlah membizikan idop luorang.. 
luorang budak surau, skema bagai. . yeks.. tara campur la.

teeeeeettttt..

sila angkat tangan berapa ramai yang pernah cakap macam ni??? >< / (*sight, gua ke? gua.com heh*)
gua memang ensem kan? cayelah

so, ape sebenarnye motif gua tulis nih?
haila... nganga je. 

pikir la bro...


so, sementara entaorang berfikir sekarang ni kan, gua nak tanye berapa kali entaorang baca al-quran dalam sehari? (ok, sila jawab dalam hati.. erk..? tak sempat? cis..) tengok je kat al-quran tu sempat tak..? aih..? tak jugak..adehh

lagi.. berapa kali enta orang tertinggal or terbabas solat subuh hingga ia menjadi subuh GAJAH, subuh GORILA atau yang sekandang dengannya..? tu tak campuq lagi dengan solat lain yang enta orang tertinggal atau terbabas secara tak sengaja mahupun sengaja-ngaja dan mengada-ngada.

berapa kali entaorang berzikir, solat sunat, bace doa sebelum masuk tandas, bace doa makan, senyum kat orang, bersedekah dalam sehari..? Tok sah dok cite yang entaorang dok tersenyum kat artis2 korea sementelah menonton cerita. Atau entaorang menyedekahkan senyum secara tak sengaja sewaktu menonton wayang. Itu tak kiralah bro. Tok sah dok canang doa qunut yang entaorang bace..tok sah kalut cerita duit enta hilang, hancur dalam poket seluar ketika mesen basuh mak entaorang putar laju-laju. Padan muka lagi adelah. haha. (*siyes gua kejam haha*).

So, kira-kira dah boleh masuk syurga tak..? (Killer tak soklan gua?)

lebih killer-----> entaorang yakin ke yang entaorang ni antara yang dijamin Islam dan kekal dalam iman hingga keakhir hayat..? jika nama Allah itu hanya meniti dibibir sewaktu payah dan rebah? jika nama Allah itu hanya meniti dibibir waktu solat dan zikir tanpa entaorang faham apa tujuan solat dan zikir tu? 

Solat dan zikir itu bagi melazimkan diri kita untuk lebih dekat dengan Allah. Tapi, macam mana nak rasa bersemangat nak buat ibadat bila dok sorang2 dalam gua *bilik/rumah/stor ke..erk*, macam mana nak tahu bile otak enta orang berkata dengan bijak "solat gua tu Allah terima ke? Puasa gua tu sah ke? Gua ni betul-betul umat Islam ke? "

Siyes, berikut adalah antara persoalan yang buat gua sendiri jejak kaki kat masjid, surau. Merendahkan 'martabat gua' * yg konon bermartabat sgt * untuk bersalam, menadah kitab, menadah telinga, memohon doa dengan semua sifu2 berkopiah lebai, bersongkok dan berjanggut lebat itu*ada jugak yang hensem macam gua, sporting macam gua. gua tak nafikan. heh*. 
Gua mau jadi orang Islam yang betul-betul kenal Islam dan perjuangkan Islam biar gua masuk syurga bersama-sama dengan entaorang yang gua sayang *wah*

Bile dah kenal, gua da faham apa yang Allah firmankan..:

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 216..


" Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.."
dan..
Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan makruf (yang baik) dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang munkar dan bersabarlah atas segala yang menimpa kamu sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh Allah. 
(Qs Lukman:17).
Boleh jadi gua lah yang melafazkan dialog2 picisan diatas. Tapi, dengan segala hormatnya gua menarik balik,
Jom Ubah!!! Islam tak perlukan anda, tapi anda perlukan Islam kerana ianya fitrah.. dan, siyes anda takkan rasa kosong, lost, mahu shut down dan lain2. Anda akan rasa kenyang dengan makanan rohani. 

dan gua adelah budak masjid paling sempoi didunia.. hahaha *sila jangan jeles.* skema dengan syariatullah. ya, gua respek entaorang yang sanggup bace post gua yang panjang berjela. hehe. Moga Allah redha.
SEKIAN. ADIOS.WASSALAM ^^


Jumaat, 9 Disember 2011

Yuppies


Ok..straight to the titik
Entry ni mungkin ada kaitan dengan gua dan entaorang+entiorang sekalian
Kalau takde kaitan tu abaikan(18PL ni)



Amacam?kachak tak gua?

Gua ni kategori muda belia lagi
Darah tengah menggelegak macam minyak panas lagi
Standard muda mudi la kan
Modern n up-to-date
Yuppies (young + urban + profesional)
Anti-cliche(entaorang dapat digest ke ni?)
Anti-ortodox(tanya inche gugel kalau blur)
Hidup nak pakai law sendiri
Kepala tak dapat nak ikut mentaliti tipikal orang Melayu
Cara fikir non-conventional
Lemas kalau semua benda nak kena ikut garis dan sempadan
Dresscode tak pernah ikut orang
Hanya ikut selesa + selera sendiri 



Ramai yang konon-konon terlebih urban
"Gua anti-stereotaip r"
Bosan tahap petala kelapan dengan benda2 stereotaip
Tapi..Ada perlunya stereotaip dalam sesetengah benda
Contohnya..as a muslim..
Ada kriteria yang perlu dipenuhi untuk berada di bawah nama seorang muslim itu
Tu bukan jadi stereotaip la..
Tu namanya ikut syariat
Ikut hukum Allah 

Hidup ni kena pakai neraca Allah..hukum Allah
Bukan pakai neraca dan hukuman manusia
Hidup ni..hanya redha Allah yang dicari
Buat apa pun,biar permulaan dan pengakhirannya diredhai Allah
REDHA ALLAH tu PALING PENTING!
Tak kesah la entaorang nak urban macam musang ekor sembilan pun
Yang penting jangan lupa
Kita berasal dari tanah
Dan akan kembali ke dalam tanah
Ingat tujuan kita hidup
Apa bekal nak bawak masuk kubur(meremang bulu roma gua)
Dah banyak sangat ke kita menyumbang untuk Islam?
Fikir semua ni sampai botak! Ada faham?


Gua nak syahid(tak tipu)
Yes..ada masa buat lawak antarabangsa
Ada masa maen-maen
TAPI
Ingat satu benda..MATI tu PASTI

again credit to Cik Puan Hlovate sebab gua cedok kata2 die dalam Contengan Jalanan 
entaorang try la baca buku die
masuk dengan jiwa 
zassss!sentap!


AM:putera agama bukan putera biasa

Khamis, 8 Disember 2011

Susah sangat ke?


First of all
tengok dulu gambo kat bawah ni
apa yang entaorang nampak?
gua nampak orang pakai topi terbalik jadi imam
so what?

cool kan?sape kate atlet tak boleh solat jemaah?meh nak suruh ketuk ketampi

see!proven!
siapa bilang Islam tu tak menawan?
tak menarik hati...tiada memikat
ada Islam me'limit'kan nak buat ape-ape?
ada Islam tak bagi bersukan?
bersukan la sampai mandi+berhujan peluh pun
as long as..
jaga la yang Dia suruh jaga tu
ape die?
contohnya aurat la!

gua hangin monsun timur laut betul la
ada la manusia berkepala hitam yang bajet macam atlet tu
bukan ada..memang ramai!
maen bola pakai seluar pendek
ingat lawa sangat bulu-bulu kaki yang macam hutan khatulistiwa tu
ape kalau pakai seluar panjang rintangan angin ke?
tak dapat lari laju-laju ke?
main-main jugak..aurat jaga r bro
hampagas cap Singer betol!

yang kromosom XX pun sama jugak
asal nak maen je,mula la pakai baju ketat-ketat
tudung terbang ke mana-mana dah
entiorang rasa macam lawa sangat ke free hair gitu?
seram sejuk gua!
kalau rambut tu tak macam kena karen letrik,macam sarang lebah pun ada
seksa gua tengok r
bluekk!muntah hijau
sori la..not my taste la gitu
ape ke salahnya tudung kalau nak maen
ape ke salahnya pakai pakaian longgar kalau maen?
perlu ke semua daie pakai jubah+serban?yang paling penting tau matlamat hidup

gua pun addict bersukan
semua gua layan..bes ape bersukan..
jadi aktif sikit..takde la lemau je memanjang
tarbiyyah jasadiah gitu
tarbiyyah ada banyak jenis kan
so ada Islam sekat kita nak bersukan ke ape?
takde pun!
maen jela apa pun..janji jaga aurat
jaga batas pergaulan
tak payah nak buat ulat bulu naek daun maen campur XX dengan XY
gua memang berbulu mata+geli tangan tengok maen campur+sentuh-sentuh ni
rasa macam nak hempuk dengan meja jepun je(eh,entaorang kenal ke?)
pencemaran mata betul!

konklusinye(macam ayat SPM je skemanya)
jangan jadikan Islam sebagai alasan tersekat untuk buat semua benda
Islam bukan hadir untuk menjadikan penganutnya kolot+old skool+close-minded
Islam ada prinsip-prinsipnye tersendiri..untuk menjaga..bukan untuk menyekat
nak jadi open-minded?jadilah..
nak jadi knowledgable?jadilah..
nak jadi up-to-date?jadilah..
Islam tak pernah halang semua tu..
jadilah apa pun..
buatlah apa pun..
yang penting..jangan sampai hanyut..
segala apa yang kita buat pun,ingat..kita ada pegangan agama
the do's and the dont's in our religion
senang je pun kan..asal tak langgar agama tu,ok la
buat apa pegi rempuh jugak walapun Dia tak bagi?hadoiiiila mak minah
entaorang yang tak puas hati dengan statement ni boleh angkat dagu

gua rasa title entry tu takde kaitan
takpela..ada gua kesah?(gelak jahat)

AM:putera agama bukan putera biasa

Rabu, 7 Disember 2011

zaman dolu-dolu



Kalau nak berubah from what we are
It will be hell to pay as a manner of speaking
Sebab segalanya dah jadi darah daging
Dan untuk mengubah hakikat tu bukan mudah

Torn apart inside
Memang sakit
Sakit tanpa luka
Changes in life
Turning point
Semua orang memang akan rasa semua tu dalam usia melalui hidup ni
Turning point masing2 berbeza
Versus..perang melawan diri itu sendiri
Everybody passes numerous paths along the road of  life
There's always a dilemma when it comes to choosing

"...bukan mudah untuk berubah
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan..."


ni pun cedok dari Cik Puan Hlovate dalam Versus beliau
trimas ye beliau
banyak pahala beliau dapat kan?
yola..kata-kata beliau zaaas sentap!
masuk dalam ati terus
tersedar jap dari mimpi indah(ayat skema)
rasa macam..pergh!
story die ni
memang sebijik macam life gua dolu-dolu


gua tak kesah dulu-dulu entaorang macam mana pun 
zaman jahiliyah entaorang tu
let it go
masa sekarang ni
turn over a new leaf
gua pun penah rasa zaman gelap tu
ape kesah?
yang lepas tu biar jela
yang penting masa sekarang
bazir taik mata je asek meratap dosa lampau
baek taubat+solat hajat banyak-banyak
move on la
let bygones be bygones k
kita manusia biasa..tak sempurna..
tak maksum macam nabi-nabi
standard r manusia buat silap kan?
come on r..wake up!
be a better person

buat entaorang+entiorang yang dah lama berkecimpung dalam dunia gelap
steady la..kalau sedetik lebih(terdetik sbenanya) rasa nak taubat tu
cepat-cepat taubat
zaman renaissance sentiasa terbuka luas untuk anda
pintu taubat belum tertutup lagi wei
baek cepat!(pecut 100m)
  
meh gua dedicate lagu it s the climb untuk entaorang+entiorang
tak tau ade kaitan ke idok(ngeh3..gelak jahat)

AM:putera agama bukan putera biasa