Selasa, 13 Disember 2011

Gua Punya Cerita.

Assalamu'alaikum. Selamat malam *gua tulis benda ni sambil menikmati udara malam yang enak..alhamdulillah*ok. gua nak kongsi cite panas gua. di bawah gambar gua mase kecik2 dulu.


caye tak? hahaha. memang gua tipu sebab gua lebih ensem, lawa, manis dari budak dlm gambar nih.. haha* 
ok. siyes balek *bila masa yang gua tak siyesnye..haha*
Gua nampak luorang bizi gila pehal ek.?
Cuti buat la style cuti.. bizi nak mampos berusrah bagai, berkuliah segala buat apakah?
Balek-balek muka lu orang jugak dok terpacak ajak gua solat jumaat la, solat subuh sampai isyak..macam nak ajak gua bermastautin kat masjid tu pekehal nye?

Islam dah nak menang bro! Lu tak nak jadi sebahagian dari para soldier yang memenangkan Islam itukah?

Alahai.. gua ade ke, gua tak de ke, Islam tetap menang kan..?
 Ade gua kesah...
 Kesah pule gua.. ceh..
 luorang teruskanlah membizikan idop luorang.. 
luorang budak surau, skema bagai. . yeks.. tara campur la.

teeeeeettttt..

sila angkat tangan berapa ramai yang pernah cakap macam ni??? >< / (*sight, gua ke? gua.com heh*)
gua memang ensem kan? cayelah

so, ape sebenarnye motif gua tulis nih?
haila... nganga je. 

pikir la bro...


so, sementara entaorang berfikir sekarang ni kan, gua nak tanye berapa kali entaorang baca al-quran dalam sehari? (ok, sila jawab dalam hati.. erk..? tak sempat? cis..) tengok je kat al-quran tu sempat tak..? aih..? tak jugak..adehh

lagi.. berapa kali enta orang tertinggal or terbabas solat subuh hingga ia menjadi subuh GAJAH, subuh GORILA atau yang sekandang dengannya..? tu tak campuq lagi dengan solat lain yang enta orang tertinggal atau terbabas secara tak sengaja mahupun sengaja-ngaja dan mengada-ngada.

berapa kali entaorang berzikir, solat sunat, bace doa sebelum masuk tandas, bace doa makan, senyum kat orang, bersedekah dalam sehari..? Tok sah dok cite yang entaorang dok tersenyum kat artis2 korea sementelah menonton cerita. Atau entaorang menyedekahkan senyum secara tak sengaja sewaktu menonton wayang. Itu tak kiralah bro. Tok sah dok canang doa qunut yang entaorang bace..tok sah kalut cerita duit enta hilang, hancur dalam poket seluar ketika mesen basuh mak entaorang putar laju-laju. Padan muka lagi adelah. haha. (*siyes gua kejam haha*).

So, kira-kira dah boleh masuk syurga tak..? (Killer tak soklan gua?)

lebih killer-----> entaorang yakin ke yang entaorang ni antara yang dijamin Islam dan kekal dalam iman hingga keakhir hayat..? jika nama Allah itu hanya meniti dibibir sewaktu payah dan rebah? jika nama Allah itu hanya meniti dibibir waktu solat dan zikir tanpa entaorang faham apa tujuan solat dan zikir tu? 

Solat dan zikir itu bagi melazimkan diri kita untuk lebih dekat dengan Allah. Tapi, macam mana nak rasa bersemangat nak buat ibadat bila dok sorang2 dalam gua *bilik/rumah/stor ke..erk*, macam mana nak tahu bile otak enta orang berkata dengan bijak "solat gua tu Allah terima ke? Puasa gua tu sah ke? Gua ni betul-betul umat Islam ke? "

Siyes, berikut adalah antara persoalan yang buat gua sendiri jejak kaki kat masjid, surau. Merendahkan 'martabat gua' * yg konon bermartabat sgt * untuk bersalam, menadah kitab, menadah telinga, memohon doa dengan semua sifu2 berkopiah lebai, bersongkok dan berjanggut lebat itu*ada jugak yang hensem macam gua, sporting macam gua. gua tak nafikan. heh*. 
Gua mau jadi orang Islam yang betul-betul kenal Islam dan perjuangkan Islam biar gua masuk syurga bersama-sama dengan entaorang yang gua sayang *wah*

Bile dah kenal, gua da faham apa yang Allah firmankan..:

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 216..


" Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.."
dan..
Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan makruf (yang baik) dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang munkar dan bersabarlah atas segala yang menimpa kamu sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh Allah. 
(Qs Lukman:17).
Boleh jadi gua lah yang melafazkan dialog2 picisan diatas. Tapi, dengan segala hormatnya gua menarik balik,
Jom Ubah!!! Islam tak perlukan anda, tapi anda perlukan Islam kerana ianya fitrah.. dan, siyes anda takkan rasa kosong, lost, mahu shut down dan lain2. Anda akan rasa kenyang dengan makanan rohani. 

dan gua adelah budak masjid paling sempoi didunia.. hahaha *sila jangan jeles.* skema dengan syariatullah. ya, gua respek entaorang yang sanggup bace post gua yang panjang berjela. hehe. Moga Allah redha.
SEKIAN. ADIOS.WASSALAM ^^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan