Selasa, 6 Disember 2011

Haihaibaibai

Haihaibaibai

Apa ni?
Pernah tak korang rasa cam insaf sikit
Contohnya
1-Aku da umur 18 tahun.apa yang aku dah buat selama ni
2-Kalau aku mati,bekal apa aku nak bawak ni
3-Nape muka kaki masjid ni cam cool bergaya je?
4-Asek senyum je mamat ni.Dia takde masalah ke?Aku ni asek je serabut alam

TIme ni,sebenarnya hidayah yang gilang gemilang tu muncul menyapa hati kecik kite
Apa kita buat?
Layan macam VVIP?
Tak pun just ucap haihaibaibai?

Ala..fitrah manusia..ada hati..
Sejahat mana pun..masih lagi boleh tersentuh dengan kebaikan
Tak kesah la macam mana pun cara hidayah tu menyapa
Maybe hidayah tu datang dengan cara mesra alam
Contohnya faktor member-member sekeliling
Ada jugak hidayah merempuh secara kasar
Contohnya eksiden dan patah riuk
Terus insaf+berazam nak jadi baik
Macam-macam cara
Penting ke cara tu?
Tak pun!

Apa yang penting?Kerjasama!(nyanyi ala-ala wonderpet)
Bukanla
Apa yang penting..macam mana hidayah tu dilayan
Mungkin..mata kita bersinar2 bergemerlapan sambut hidayah tu
Mungkin..hati kita dupdapdupdap excited nak berubah time tu
Kita berharap agar kita bakal menempuh hidup yang lebih liplapliplap macam lampu jalan


Diharap hujan hingga pagi sok rupanya kilat di tengahari
Tetiba je kita macam lupa nawaitu kita nak berubah tu
DAh hilang dalam memori rasa nak insaf tu
Kenapa?Bagaimana?Siapa?(semua WH questions keluar)

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman utnuk secar kusyuk mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun(kepada mereka),dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya,kemudian berlalulah masa yang panjang  atas mereka lalu hati mereka menjadi keras.Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.

(al-Hadid, 57;16)

Yes!
Hidayah tu milik Allah adik kakak sekalian..milik Dia je..mutlak!
Kalau kita buat lenggang kangkung je
Buat layan tak layan je
Kalau Dia tarik balik ,nanges tak berlagu la!hambek kau!
Maen-maen lagi
Kalau Dia dah amik balik hidayah tu,
Nanges air mata darah pun dah takde maknanya

Dan!!
Walaupun kita sudah berada di jalan ini
jangan menepuk dada(bangga)
sebab Dia boleh tarik hidayah tu sekelip mata je
jangan rasa yang kitalah penyumbang kepada agama
jangan rasa yang tanpa kita dakwah+tarbiyyah akan layu

Hidayah tu milik Allak
Kitalah yang memerlukan hidayah+tarbiyyah
Carilah hati kita kembali
Saat hati kita disapa oleh hidayah
Pegang erat-erat!
Jangan haihaibaibai pada hidayah ye!


AM:putera agama bukan putera biasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan