Jumaat, 9 Disember 2011

Yuppies


Ok..straight to the titik
Entry ni mungkin ada kaitan dengan gua dan entaorang+entiorang sekalian
Kalau takde kaitan tu abaikan(18PL ni)



Amacam?kachak tak gua?

Gua ni kategori muda belia lagi
Darah tengah menggelegak macam minyak panas lagi
Standard muda mudi la kan
Modern n up-to-date
Yuppies (young + urban + profesional)
Anti-cliche(entaorang dapat digest ke ni?)
Anti-ortodox(tanya inche gugel kalau blur)
Hidup nak pakai law sendiri
Kepala tak dapat nak ikut mentaliti tipikal orang Melayu
Cara fikir non-conventional
Lemas kalau semua benda nak kena ikut garis dan sempadan
Dresscode tak pernah ikut orang
Hanya ikut selesa + selera sendiri 



Ramai yang konon-konon terlebih urban
"Gua anti-stereotaip r"
Bosan tahap petala kelapan dengan benda2 stereotaip
Tapi..Ada perlunya stereotaip dalam sesetengah benda
Contohnya..as a muslim..
Ada kriteria yang perlu dipenuhi untuk berada di bawah nama seorang muslim itu
Tu bukan jadi stereotaip la..
Tu namanya ikut syariat
Ikut hukum Allah 

Hidup ni kena pakai neraca Allah..hukum Allah
Bukan pakai neraca dan hukuman manusia
Hidup ni..hanya redha Allah yang dicari
Buat apa pun,biar permulaan dan pengakhirannya diredhai Allah
REDHA ALLAH tu PALING PENTING!
Tak kesah la entaorang nak urban macam musang ekor sembilan pun
Yang penting jangan lupa
Kita berasal dari tanah
Dan akan kembali ke dalam tanah
Ingat tujuan kita hidup
Apa bekal nak bawak masuk kubur(meremang bulu roma gua)
Dah banyak sangat ke kita menyumbang untuk Islam?
Fikir semua ni sampai botak! Ada faham?


Gua nak syahid(tak tipu)
Yes..ada masa buat lawak antarabangsa
Ada masa maen-maen
TAPI
Ingat satu benda..MATI tu PASTI

again credit to Cik Puan Hlovate sebab gua cedok kata2 die dalam Contengan Jalanan 
entaorang try la baca buku die
masuk dengan jiwa 
zassss!sentap!


AM:putera agama bukan putera biasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan