Selasa, 20 September 2011

Kanvas kehidupan




Contengan A.M.


Contengan yang kita corakkan pada kanvas kehidupan di atas dunia hari ini....

Akan menentukan lukisan yang terhasil di akhirat kelak..

'Cantik' yang kita corakkan..maka 'cantiklah lukisannya nanti'
'Buruk' yang kita corakkan..maka 'buruklah lukisan kita nanti'

Khamis, 15 September 2011

Tunduk itu...

Emm....Aryan nak share...

Aryan ni...
1-jenis yang realistik
1-tak layan emo sgt
3-sempoi
4-santai
5-?????

tapi...Aryan tetap ingt siapa diri ni..diri ni cuma insan hina..n HAMBA kepadaNya...

Suatu malam lepas solat Isyak kat surau..Aryan dah siap solat jemaah..tiba2 sorang sahabat Aryan baru sampai..Aryan cuma memerhatikan dia solat...sampi dia habis solat..lama sangat dia berdoa..sungguh..Dia tunduk sambil tadah tangan..berdoa..dengan penuh kusyuk...lama...sangat lama..tunduk..kepalanya tunduk menadah tangan..lama..

Ya Allah...satu perasaan menyusup masuk dalam dada...Zupp!tapi tak tau nak explain macam mana.

Aryan kenal dia sangat2..kami sama2 gila2...sama2 sempoi...sama2 jenis nakal2 sikit..

Tapi..tak pernah solat sebelah dia...tak pernah tengok dia berdoa...

Macam tak percaya..Tap!ada air mata menitik..Aryan!!Sejak bila kau sentimental macam ni??

Perasaan berperang...bergelut...

"Aku akan berusaha untuk menjadi seperti kau,sahabat...dan aku mengagumimu.."

p/s:perasaan aneh...


Tukul dan paku


tukul..dan..paku...
guna tukul untuk memaku pada dinding akan menghasilkan lubang pada dinding..

senang je...

tukul=badan yang dipinjamkan oleh Allah
paku=perkara-perkara kebaikan / kemungkaran
dinding=hati
lubang-lubang=benih-benih noda / amal makruf

Jadi,semuanya bergantung pada tukul untuk memaku apa saja di dinding kan?

Semuanya bergantung pada diri untuk membuat apa sahaja..dan pilihan itu yang akan meninggalkan kesan pada hati kan?

Dapat memahami simbolik ni?

Cubalah..baca dengan mata hati..

Menggunakan badan yang dipinjamkan oleh Allah untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah akan menyemai titik-titik noda dalam hati...

Patut ke tak patut guna badan yang dipinjamkan sementara oleh Allah untuk membuat perkara yang Dia larang??

Uishhhh!!TAK PATUT ! TAK PATUT !

p/s:Aryan dalam proses 'menampal' lubang-lubang kejahilan..JOM !

Selasa, 13 September 2011

Jalan Pulang ?? Ke mana?


Jalan memang banyak cabang...berliku..
Sana traffic jam...sini traffic jam...
Sana accident...sini accident...
Ini...simbolik kehidupan dunia yang SEMENTARA ni..
Traffic jam dan accident itu...ujian dan dugaan yang diberi olehNya..
Semoga dengan 'GPS' pemberian Dia...(apa tu??)tett..al-Quran le...
Kita berjaya menemui jalan menujuNya..

p/s:sentiasa berdoa supaya berada dalam kalangan orang2 yang beriman...

Rabu, 7 September 2011

Mencari-cari

Assalamualaikum w.b.t..

Contengan Aryan Mulhim,

Aku manusia biasa,
Sentiasa inginkan agar iman sentiasa di puncak,
Sentiasa berdoa agar Dia sentiasa menjaga aku,
Namun,
Kadangkala aku akur,
Aku lemas dalam noda dunia,
Aku terkapai-kapai kelemasan,
Aku tenggelam dalam kejahilan...

Ya Allah,
Tarikla aku dari segala kemungkaran..
Kuatkanlah peganganku di jalanMu..
Hanya Engkau yang Maha Berkuasa..

nota kaki: Aryan mencari-cari identiti diri yang semakin menghilang..