Isnin, 19 Disember 2011

di Sana Menanti,Di Sana MenunGgu

Assalamualaikum wbt..
sejak akhir-akhir ni.. Am macam pening sikit..
melihat masyarakat..
melihat apa yang berlaku di sekeliling..

kadang-kadang orang kata..
kita banyak salah faham dalam komunikasi ni
bukan kerana salah tatabahasa
tapi kerana
salah tataberbahasa..

bila ada yang nak meludah mahasiswa
Am rasa sentap juga..
Am hormati pendirian dia nak tegakkan bangsa..
tapi..
Am sedih bila dia tak pun tegakkan agama!
kenapa Am cakap macam tu??

pasal ada satu gambar Am dapat ,gambar panglima bangsa itu dengan gadis melayu
MasyaAllah
seksi dan siksa!
Am tak nak post kat sini pasal Am tak nak mengotorkan blog Am ni..
Am tahu dia sayang bangsa..

tapi kita nak dahulukan agama ke bangsa?
kita masuk syurga dengan bangsa ke??


Am bukan nak kata dia assobiyah...tidak..

Dato Saifuddin pernah cakap,
Mahasiswa kita lemah, lembik, tak ada pemikiran kreatif,kritis
kerana mereka tidak dibebaskan berfikir!

mungkin sebab tu Am rasa, Dato Saifudin berkobar-kobar perjuangkan isu pelajar..


Am juga nak nasihatkan kawan-kawan semua,
yang kurang berminat pada sesetengah perkara..

kita kena ingat,
dalam dunia ni,ada yang suka muzik, memasak,membaca, menulis,
main hoki, main mata (ooppss), ataupun apa-apa sahaja..


tetapi,

selagi dia tak melanggar batasan agama

tak perlu untuk kita 
MENGUTUK,MENGEJI MEREKA

atas alasan,aku tak minat

takut takut nanti

mereka itulah yang akan jadi pemimpin kita pada masa akan datang..


Am tanya sahabat-sahabat Am..

ramai suka Islam..

ramai akui Islam itu benar..

ramai sukakan kebaikan..


tapi tak ramai nak berkorban untuk menangkan Islam

ramai tidak yakin dengan janji Allah


kenapa dekat universiti..

kita boleh bagi kepercayaan kepada pemimpin yang kita yakin baik hubungannya dengan Allah

tapi kenapa dekat dunia sebenar

kita takut???

sedangkan kita tidak pernah berani memberi peluang kepada mereka..


Kita akan dipertanggungjawabkan dengan segala yang kita buat..


ramai orang takut..

ramai orang takut melakukan perubahan..


ramai orang yang menilai menggunakan satu sumber sahaja..


selepas tu telan bulat-bulat


ADILKAH KITA MENILAI DENGAN MENDENGAR SEBELAH PIHAK SAHAJA???





Am balik kampung..


ada 2 program malam tu

 rumah Am di tengah-tengah

kalau ke kiri..

ada konsert anjuran sebuah parti

ke kanan

ada ceramah keagamaan anjuran sebuah parti


lepas tu???


sifir perkiraannya sangat mudah kawan-kawan...


di Sana SYurga Menanti jika kita berusaha memilih syurga


di Sana Neraka juga menunggu jika kita berusaha memilih neraka... ATAU BUAT TAK TAHU DENGAN PANGGILAN SYURGA




benar.. 

syurga itu rahmat Allah


TAPI TIDAK MALUKAH KITA UNTUK KE TEMPAT MAKSIAT DENGAN NIAT


`YA ALLAH,SAHAJA AKU KE TEMPAT MAKSIAT KERANA RAHMATMU`


agak-agak boleh dapat ke??


kalau berdakwah tak apa.. 


tapi kalau berseronok??


tidak malukah kita???



Masa akan terus berjalan..

Malaikat masih setia mencatat kanan dan kiri..


Am hanya insan yang cuba mengingatkan teman-teman..



JANGAN TAKUT

DALAM MELAKSANAKAN KEBENARAN


KALAU KITA TIDAK MAMPU MENZAHIRKAN...


TIDAK MENGAPA


TAPI PADA SAAT ITU TIBA


KITA BUAT PILIHAN YANG BETUL


PILIHAN ITU RAHSIA KITA DENGAN ALLAH



PILIHAN ITU

MEMBUKTIKAN KITA BAHAWA KITA SAYANGKAN ISLAM


MANA TAHU

kerana 1 pilihan yang betul itu

pilihan bahawa kita sayangkan Islam

bersama-sama pemimpin yang sayangkan Islam..


ALLAH MENYEDIAKAN GANJARAN YANG BESAR UNTUK KITA..


SIAPA TAHU???


kita sorang-sorang akan menjawab depan Allah nanti



syurga atau neraka
anda pilih

islam atau separuh-separuh islam
anda pilih


segalanya dipihak kawan-kawan

dan


sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara

akan berada dalam perkiraan Allah


takutlah kita kepada Allah

jangan mudah-mudah kita menentang Islam...




Wallahualam...

4 ulasan:

  1. Am... erm. speechless. Mcm faham je apa yg awk maksudkan. :). Takpe... Kebenaran pasti akan tertegak. Tapi kita perlukan org2 seperti Am. Semoga ramai lagi org yg faham maksud awk.

    BalasPadam
  2. kepada LydSunshine.. terima kasih kerana sudi hadir ke sini.. Am pun harap LdySunshine menjadi salah seorang yang akan berusaha menegakkan agama Allah semampu kita.. sampaikanlah walau satu ayat =) terima kasih ldySunshine.. Am harap ramai lagi belia2 yang akan bersedia menegakkan Islam di negara kita =)

    BalasPadam
  3. ya Allah..terkelu dan terkesima

    BalasPadam
  4. Ilyani92..terima kasih sudi datang kat blog am..bila sedar bahawa kita ini daie.. bila sedar bahawa kita ini punyai pilihan sama ada hidup senang atau berkorban.. bila sedar bahasa kita perlu memilih kebatilan atau kebenaran.. semuanya kita buat keputusan... memang perlu untuk kita terkelu dan terkesima.

    BalasPadam