Assalamualaikum wbt..
sejak akhir-akhir ni.. Am macam pening sikit..
melihat masyarakat..
melihat apa yang berlaku di sekeliling..
kadang-kadang orang kata..
kita banyak salah faham dalam komunikasi ni
bukan kerana salah tatabahasa
tapi kerana
salah tataberbahasa..
bila ada yang nak meludah mahasiswa
Am rasa sentap juga..
Am hormati pendirian dia nak tegakkan bangsa..
tapi..
Am sedih bila dia tak pun tegakkan agama!
kenapa Am cakap macam tu??
pasal ada satu gambar Am dapat ,gambar panglima bangsa itu dengan gadis melayu
MasyaAllah
seksi dan siksa!
Am tak nak post kat sini pasal Am tak nak mengotorkan blog Am ni..
Am tahu dia sayang bangsa..
tapi kita nak dahulukan agama ke bangsa?
kita masuk syurga dengan bangsa ke??
Am bukan nak kata dia assobiyah...tidak..
Dato Saifuddin pernah cakap,
Mahasiswa kita lemah, lembik, tak ada pemikiran kreatif,kritis
kerana mereka tidak dibebaskan berfikir!
mungkin sebab tu Am rasa, Dato Saifudin berkobar-kobar perjuangkan isu pelajar..
Am juga nak nasihatkan kawan-kawan semua,
yang kurang berminat pada sesetengah perkara..
kita kena ingat,
dalam dunia ni,ada yang suka muzik, memasak,membaca, menulis,
main hoki, main mata (ooppss), ataupun apa-apa sahaja..
tetapi,
selagi dia tak melanggar batasan agama
tak perlu untuk kita
MENGUTUK,MENGEJI MEREKA
atas alasan,aku tak minat
takut takut nanti
mereka itulah yang akan jadi pemimpin kita pada masa akan datang..
Am tanya sahabat-sahabat Am..
ramai suka Islam..
ramai akui Islam itu benar..
ramai sukakan kebaikan..
tapi tak ramai nak berkorban untuk menangkan Islam
ramai tidak yakin dengan janji Allah
kenapa dekat universiti..
kita boleh bagi kepercayaan kepada pemimpin yang kita yakin baik hubungannya dengan Allah
tapi kenapa dekat dunia sebenar
kita takut???
sedangkan kita tidak pernah berani memberi peluang kepada mereka..
Kita akan dipertanggungjawabkan dengan segala yang kita buat..
ramai orang takut..
ramai orang takut melakukan perubahan..
ramai orang yang menilai menggunakan satu sumber sahaja..
selepas tu telan bulat-bulat
ADILKAH KITA MENILAI DENGAN MENDENGAR SEBELAH PIHAK SAHAJA???
Am balik kampung..
ada 2 program malam tu
rumah Am di tengah-tengah
kalau ke kiri..
ada konsert anjuran sebuah parti
ke kanan
ada ceramah keagamaan anjuran sebuah parti
lepas tu???
sifir perkiraannya sangat mudah kawan-kawan...
di Sana SYurga Menanti jika kita berusaha memilih syurga
di Sana Neraka juga menunggu jika kita berusaha memilih neraka... ATAU BUAT TAK TAHU DENGAN PANGGILAN SYURGA
benar..
syurga itu rahmat Allah
TAPI TIDAK MALUKAH KITA UNTUK KE TEMPAT MAKSIAT DENGAN NIAT
`YA ALLAH,SAHAJA AKU KE TEMPAT MAKSIAT KERANA RAHMATMU`
agak-agak boleh dapat ke??
kalau berdakwah tak apa..
tapi kalau berseronok??
tidak malukah kita???
Masa akan terus berjalan..
Malaikat masih setia mencatat kanan dan kiri..
Am hanya insan yang cuba mengingatkan teman-teman..
JANGAN TAKUT
DALAM MELAKSANAKAN KEBENARAN
KALAU KITA TIDAK MAMPU MENZAHIRKAN...
TIDAK MENGAPA
TAPI PADA SAAT ITU TIBA
KITA BUAT PILIHAN YANG BETUL
PILIHAN ITU RAHSIA KITA DENGAN ALLAH
PILIHAN ITU
MEMBUKTIKAN KITA BAHAWA KITA SAYANGKAN ISLAM
MANA TAHU
kerana 1 pilihan yang betul itu
pilihan bahawa kita sayangkan Islam
bersama-sama pemimpin yang sayangkan Islam..
ALLAH MENYEDIAKAN GANJARAN YANG BESAR UNTUK KITA..
SIAPA TAHU???
kita sorang-sorang akan menjawab depan Allah nanti
syurga atau neraka
anda pilih
islam atau separuh-separuh islam
anda pilih
segalanya dipihak kawan-kawan
dan
sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara
akan berada dalam perkiraan Allah
takutlah kita kepada Allah
jangan mudah-mudah kita menentang Islam...
Wallahualam...
Am... erm. speechless. Mcm faham je apa yg awk maksudkan. :). Takpe... Kebenaran pasti akan tertegak. Tapi kita perlukan org2 seperti Am. Semoga ramai lagi org yg faham maksud awk.
BalasPadamkepada LydSunshine.. terima kasih kerana sudi hadir ke sini.. Am pun harap LdySunshine menjadi salah seorang yang akan berusaha menegakkan agama Allah semampu kita.. sampaikanlah walau satu ayat =) terima kasih ldySunshine.. Am harap ramai lagi belia2 yang akan bersedia menegakkan Islam di negara kita =)
BalasPadamya Allah..terkelu dan terkesima
BalasPadamIlyani92..terima kasih sudi datang kat blog am..bila sedar bahawa kita ini daie.. bila sedar bahawa kita ini punyai pilihan sama ada hidup senang atau berkorban.. bila sedar bahasa kita perlu memilih kebatilan atau kebenaran.. semuanya kita buat keputusan... memang perlu untuk kita terkelu dan terkesima.
BalasPadam