Selasa, 31 Januari 2012

The war begin!

Mata gua bergenang
Kenapa?
Sebab
 Dah lama belog ni tak dihapdet
 Cakap gegar2
 Nak kembalikan manusia kepada hidup bertuhan
Tapi
Urusan dunia dah jadi 'road block'
Bz sampai berhabuk belog
Buat2 bz..takpun bz body
Berapa percent je urusan dunia tu dapat jadi saham akhirat?
Allah...
Ampunkan dosa hambaMu yang hina ni...
(mata bergenang2)


InsyaAllah
Gua nak lancarkan perang!
Perang pe?
Perang terhadaap diri sendiri la !
Hapdet belog setiap hari !
Dalam 24 jam tu,takkan 10 minit pun berkira?
Allah...
Kau permudahkanlah segala urusanku



AM:Putera agama bukan putera biasa





Sabtu, 28 Januari 2012

zaman berubah?

"...everybody has a past.."
"...everybody lives a present.."
"...everybody deserves a future.."

gua bukan nak sentap
tapi
memang dah hakikat manusia
kalau tak sentap,takkan berbekas dalam hati
kalau tak sentap,susah nak bangun dari ngigau

kan gua da cakap
semua orang ada 'zaman gelap masing2'
so wat?
da past..da jadi history
tinggalkan 'zaman gelap' tu
mulakan hidup baru
asalkan entaorang da insaf..dats more than enaf la
move on
lives a present..live well
semua orang deserves a BETTER FUTURE


AM:putera agama bukan putera biasa

Selasa, 17 Januari 2012

u-turn

Dari street kid ke tikar sejadah
Dari hidup tanpa arah kepada hidup bertuhan

Susah?sangat!
Sebab tu bukan kebiasaan
Rasa macam terkongkong ke?

Before this,buat sesuka hati
Takde limit
Hidup untuk enjoy!

Tapi
Sampai bila nak gitu
Sampai bila nak hidup tanpa arah
Pernah terfikir tak?
Apa penghujung segala suka suki tu?
Hidup ni untuk bersuka suki je ke?

Suka-suki tu memang saham akhirat la kan?
Suka-suki tu memang dapat tolong dalam kubur la kan?
Suka-suki tu memang la banyak pahala dari dosa kan?
Zaas!!sentap!
Yeah!kalau gua cakap baek2..entaorang bukan nak dengar pun
Kalau gua sentap gini,mula la berasap kan

Gua cuma nak entaorang sedar
Hidup ni bukan saja2!
Hidup sekarang menentukan hidup abadi di akhirat
Entaorang tak caya?





AM:putera agama bukan putera biasa

Ahad, 1 Januari 2012

MALAM TAHUN BARU

Bismillahirrahmanirrahim..

1/1/12

Wah, dah masuk tahun baru... 
Masing-masing sibuk dengan azam baru..

"Nak jadi insan yang lebih baik"
"Nak jadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa"
"Nak kurus"
"Nak gemuk"
"Nak itu dan nak ini"

Lebih meriah tahun baru masihi berbanding tahun baru hijrah...
AM no komen.. 
Fikirlah sendiri..

AM cuma nak komen pasal sambutan malam tahun baru..
which AM rasa, this year we have lots of choices.. isn't it??
Nak hiburan mendidik jiwa.. Nak hiburan melalaikan.. Nak hiburan mengasyikkan...
Semua ada...

Siyes AM rasa sangat teruja...
80 000 orang memilih untuk menyambut Tahun Baru bersama Us. Azhar Idrus (UAI) dan Zizan..
AM usha2 gak google... nak tengok gak macam mana sambutan tahun baru yang PM kesayangan AM ni anjurkan
Ramai ke tak orangnya..
Nak la buat comparison kan... 
Ye la.. Nak tahu jugak selera rakyat Malaysia zaman sekarang...
(tapi kalau ramai pun, mesti kena paksa punya la.. wajib pergi.. AM dah lali dah kena paksa2 pergi program ni.. haha)

Tapi, AM tak jangka taw..
AM tak jumpa..
Dari awal sampai la hujung google tu, semua pasal UAI..
Wah3x.. Ini sudah satu petanda baik..
AM senyum je..
Rakyat Malaysia bijak memilih...
Zahirkan kebijakan anda semua pada kertas2 undi ye... ;)

Tapi, ada juga satu berita tak best pasal sambutan tahun baru ni..
Demo yang berlangsung kat UPSI tu berakhir dengan tragedi berdarah...
Saudara Safwan Anang sampai koma!! (latest news: dia dah sedar)
Hoho.. Abang polis, penjenayah besar ke dia sampai nak belasah macam tu sekali!!
AM tak nak cakap guna bahasa kasar, tapi ini sebenarnya dah cukup melampau..!!
Adam Adli dah masuk lokap.. (cerita dalam lokap tu tak tahu la macam mana.. Harap2 semua baik)
AM tak nak cakap semua polis bertindak luar kawalan..
AM pun ada saudara dalam kalangan polis...
No wonder la budak 15 tahun pun sampai mati kena tembak kan...
Buat Safwan Anang, Adam Adli, Syukri Razab, Shazni Munir dan AM rasa ramai lagi wira belakang tabir yang memperjuangakan suara2 mahasiwa ni... Teruskan perjuangan kalian... 
AM menantikan saat di mana suatu hari nanti negara akan diperintah oleh orang-orang seperti kalian...
(tapi AM nak rasa dulu berada di bawah pemerintahan ulama')

AM sayang Malaysia..
AM tak nak Malaysia tergadai...
AM tak sanggup tengok angka2 besar hutang negara...
dan banyak lagi kepincangan yang berlaku..
Rakyat Malaysia yang lain tak nak hidup aman macam AM ke?
Kalau nak: Buat pilihan bijak, ok???
:)



nota kaki: azam tahun baru AM: ?
(AM tak suka cakap ngan orang ap azam AM. Cukup Allah je tahu!!)