Jumaat, 2 Disember 2011

Muslim vs Mukmin

Dengan nama Allah Yang Maha Pemuruah dan Maha Penyayang..


Maaf,


AM bukan mahu bermain isu2 politik di sini...


Sebagai rakyat Malaysia yang dah boleh mengundi, maka AM rasa AM layak untuk menyatakan beberapa pandangan  berkenaan Perhimpunan Agung UMNO..


AM rasa kanak-kanak umur tiga tahun pun dah tahu mengenai perhimpunan ini. 


Mana taknya, liputan cukup meluas dan kadang kala 'mengambil' waktu siaran kartun dan drama-drama tv...


Kadang2 AM kesian tengok pemerhati yang 'dijemput' untuk hadir tapi duduk bersila luar dewan...


Rasanya tak perlu pergi kot lain kali, sebab memang liputan dibuat dari masa ke masa... Memang tak terlepas la .. hoho.. (ketawa jahat)...


Sekali duk berniaga kain tudung pula kat luar dewan tu.. Bukan dengar perbahasan usul pun.. Ada yang baca surat khabar... (2 in 1 action kot)


Cuma AM pagi tadi sempat tengok MHI.. Memang MHI buat liputan khas sempena Perhimpunan Agung ni..


Apa yang menarik perhatian AM ialah kenyataan bekas Imam Besar Masjid Negara...


Ahmad Fedtri tanya: "Apa beza antara orang UMNO dan ahli UMNO"


Dalam menjawab persoalan ni, beliau menggunakan analogi MUSLIM dan MUKMIN..


AM tak ingat full sentence but the point is: Beliau jelaskan maksud mukmin dan muslim... then secara dasarnya, ahli UMNO dan orang UMNO tu macam muslim dan mukmin la... Ditegaskan di sini.. cuma ANALOGI..!!!! bukan mengadaikan seperti itu.. Kan tak pasal-pasal AM jadi penyebar fitnah.. Tak sanggup AM nak jawab depan Allah nanti....


Kita bukan nak jadi sekadar muslim, tapi kena jadi mukmin..


Kita bukan nak jadi ahli UMNO je, kita kena jadi orang UMNO...


So, AM terfikir.. Macam mana pula dengan orang yang bukan ahli UMNO pun??? 


Erm.. entah la... berdasarkan pemerhatian AM tanpa spesifik statistik ni, AM tengok anak muda dah ramai yang faham... 


Maka, pilihan terletak ditangan anda....


Buatlah pilihan yang bijak...


p/s: AM pilih yang 'damai'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan