Rabu, 30 November 2011

1 LEAD

“Pencapaian-pencapaian terbesar penuh inspirasi dalam sejarah manusia bukannya cerita perihal pencapaian individu. Ia cerita perihal kuasa luar biasa pasukan yang BERSATU, berpakat, dan bersiap sedia. Mereka yang sentiasa komited antara satu sama lain, juga kepada wawasan mereka sehingga ke penghujungnya.”
Stephen R. Covey, Tabiat ke-8
(Keberkesanan kepada Keagungan)

Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Maha Mengasihani..

AM petik stanza ni dari buku Kuasa Kepemimpinan Sultan Muhammad Al Fateh.

Entah,

Terasa seperti dalam sungguh makna ayat-ayat berkenaan.

AM pernah berada di bawah: bersama pasukan..

AM juga pernah memimpin pasukan.

Jelas sekali situasi antara keduanya tidak sama.

Kata Imam Al-Ghazali:

"Kadang-kadang ada sesetengah perkara yang tak dapat kita jelaskan melalui tulisan dan perkataan. Jika tingkat hidupmu telah sampai ke sana, tahulah engkau apakah dia. Jika tidak, maka mengetahuinya termasuk perkara yang mustahil, kerana ia adalah barang yang bersangkut dengan perasaan. Seperi kemanisan barang yang manis dan kepahitan barang yang pahit tidak akan dapat dikenal, melainkan dengan dicuba telebih dahulu."

Memimpin dan dipimpin merupakan satu seni yang amat halus.

Perlu saling memahami antara keduanya dan perlu saling menerima kekuatan dan kelemahan.
Yang penting, masing-masing faham peranan masing-masing.

Jangan sampai pemimpin buat kerja yang dipimpin kerana yang dipimpin tak tahu nak buat kerja apa, nak lepas tangan sebab penanggungan bukan di pihak dirinya, dan sebagainya.

Jangan sampai yang dipimpin buat kerja pemimpin sebab tak thiqah pada pemimpin yang tak reti nak buat kerja, tak tahu nak bagi tugas, dan sewaktu dengannya.

Bunyinya macam dua-dua salah pemimpin kan?

First rule of leadership is: EVERYTHING IS YOUR FAULT...

Ada ahli falsafah Barat pernah cakap quote ni, tapi sayang AM tak ingat siapa namanya.

Semua orang adalah pemimpin. Paling tidak, pemimpin kepada diri sendiri.

Sama ada nak pimpin diri ke arah kebaikan atau kehancuran..

Maka pemimpin-pemimpin sekalian.

Pilihlah jalan anda....


p/s: InsyaAllah, AM memilih jalan yang 'lurus'. Mudah-mudahan Allah subhanahuwata'ala akan sentiasa tunjukkan pada AM jalan tu.. Amin

Isnin, 28 November 2011

GENERASI

Bismillahirrahmanirrahim...

Setiap 10 tahun akan ada 1 generasi..

Setiap 1 generasi akan mempunyai mentaliti yang berbeza..

Cara atau pendekatan yang perlu digunakan bagi setiap generasi adalah berbeza.

Kalau dalam tahun 2000-2010, mungkin blog merupakan medium terbaik mendekati mad'u..

Tapi sekarang stail budak-budak remaja sebaya AM dah tak berminat nak baca panjang-panjang.

Baca untuk ambil intipati dan selebihnya fikir sendiri.

Tak nak fikir yang berat-berat. Kalau tak tahu, nak tanya je. Tak ada inisiatif nak cari dulu.

Malas fikir perkara berat-berat. 

"Itu hal kau, kau settle la sendiri" < -- nafsi2... kat dunia pun dah macam ni

Yes, kadang-kadang lagi suka tengok video mat lutfi dari baca buku.

Tapi, tak ramai orang macam mat lutfi.

Perlu ke AM jadi macam mat lutfi? (urm, tak perlu kot... AM pemalu)

dan juga lain-lain video yang menarik. (kartun kotak, doodle, dsb)

orang prefer tengok gambar which explains thousand words

komik-komik islamik.

orang prefer baca ayat-ayat pendek dekat facebook.

Senang.

Semua nak senang. Comfort zone.

Kalau jalan utama tak boleh guna, ada jalan alternatif.

.Titik.

p/s: kalau org dah tak baca blog, wht m doing now? erk..

3-2

Bismillahirrahmanirrahim..

3-2

Malaysia tewas kepada Bahrain...

AM pun tengok jugak bola.. Berada dalam komuniti yang mana orang mengatakan lelaki tak tengok bola ni sebagai tak macho, membuatkan AM sedikit sebanyak tergugah..

Tapi betulkan balik niat. Bola juga satu medium dakwah. Mad'u kita pelbagai. Jadi untuk menyelami hati mad'u, kena fahami kehidupannya dia, minat dia, background family dia, serta pelbagai lagi.

Bola sepak macam satu medium menyatukan perbezaan, kan? Tak kira di mana jua berada, bila gol.. semua orang akan menjerit satu perkataan yang sama.. GOL!!!! (wehdatul fikr)

Kejelekitan antara pemain sewaktu di padang satu elemen penting dalam memastikan perlawanan berlangsung dalam suasana persaingan yang sihat. (ni dah konsep ukhwah)

Tapi yang AM tak berapa nak berkenan sangat ialah seluar pemain-pemain tu. Kalau pakai seluar panjang, rasanya tak ada masalah kot. Ke tak boleh nak tendang bola tu kalau pakai seluar panjang. Ada konsep rintangan angin ke? Paling tak pun tutup lutut. Aurat tu... Tapi kita tak sedar, dakyah Barat membuatkan kita terima bulat-bulat. AM nak komen banyak-banyak kat sini pun, sini cumalah dinding blog bergema yang memantulkan suara hati AM sendiri. Kuasa autonomi pada pemimpin negara untuk keluarkan arahan.

Kadang-kadang tu, diperingkat orang awam ni semua sedar tentang hal ni, tapi sikap tak pedulisme merajai diri. Kita pun tak nak buat sesuatu untuk atasi masalah.

Sudahnya, kita buat la dakwah fardhiyyah.. Bila pergi main bola, kita pakai seluar yang menutup aurat. Tunjukkan pada orang yang kita boleh juga main walaupun dengan seluar yang menutup aurat. Kalau muslimat, dengan tudung labuh.. Memang terbaaeek ah,  kalau sambil berlari 100 meter pakai tudung labuh. (Mesti macam terbang... hikhik)

Ruang lingkup fardhul muslim yang dapat kita sedarkan mungkin kecil, tapi tak mengapa. Banyak sikit tu, bukan urusan kita. Tapi urusan Allah yang Maha Esa.

AM cuba kaitkan main bola sepak dengan orang yang nak bawa Islam.Urm.. Tapi tak sampai mesejnya. Mana boleh nak ditendang-tendang perkara yang kita nak bawa tu kan. Lagipun konsep aurat pun dah fail...

Kalau bola sepak tak boleh, cuba kita tengok ragbi. Tapi sayang AM tak familiar denga terma-terma dalam ragbi nih. Tak biasa main, nak tengok pun takut sebab macam ganas sikit. Pada AM, kita analogikan bola sebagai Islam. Kalau bola sepak ditendang-tendang sekuat hati, bola ragbi tak. Dah dapat, kita peluk. Kita jaga betul2.. Kita bawa ke tempat yang selamat dan didudukkan pada tempat yang betul. Bila keadaan tak selamat, kita baling bukan semberono je. Tapi pada kawan-kawan sepasukan yang kita percayai, dengan harapan dia akan sambut dengan baik dan peluk erat-erat macam yang kita buat.


Pemain-pemain ragbi pula berpakaian macam ala-ala perisai pertahanan badan gitu. Pemain ragbi biasanya berbadan tough. Gagah.. (Tapi tang aurat kat bahagian lutut still tak boleh nak cakap apa la) Perisai bagi seorang muslim adalah iman dan taqwa, serta doa. Dalam ragbi ada strategi tertentu. Pernah tengok cerita water boy? Kalau ada masa, cuba search mengenai cerita ni. Dalam cerita ni ada diceritakan tentang strategi dalam permainan ragbi. Sebenarnya banyak cerita-cerita mat salleh yang cakap mengenai strategi dalam permainan, especially cerita yang mengangkat tema motivasi kerja berpasukan.. (yang selalu main kat tv3 hari sabtu tu, dalam kol 11-1 -->kalau tak silap.. sesuai untuk tontonan kanak-kanak)

Nak bawa Islam pun kena ada strategi tertentu kan.. Tak boleh main redah je. Zaman dah berubah, orang tak akan terima sesuatu dengan mudah. Kena ada rasional!!

Wallahu'alam.. Setakat tu sahaja yang mampu AM coret untuk kali ni. Agak umum AM rasa, tapi AM akan cuba improve dari masa ke masa..!!

Semoga jumpa lagi..

Ahad, 27 November 2011

Salam Maal Hijrah..


In the name of Allah..

Ya Rahman.. Ya Rahim..

AM mulakan tahun baru ni, dengan diri yang baru..

Bukan AM nak menjadi orang lain, tapi AM rasa satu keperluan untuk menjadi lebih baik..

PERUBAHAN!!!

Just a perfect word...

AM tidak boleh bagi jaminan sampai bila, tapi AM cuba selagi terdaya...

AM dah berjanji untuk menjadi seorang dai'e, maka seorang dai'e itu tidak harus cepat mengalah..

TIDAK!!!! 

Sekarang bukan masa untuk cepat mengalah... Perjalanan hidup masih panjang dan perjuangan masih belum selesai. 

Daulah Islamiyah belum tertegak.. Sekalipun tertegak, masih ada kelompangan yang perlu diturap sana dan sini.

Win as MUJAHID or die as a SYAHID < -- the only choice that I have

Semangat tak akan kekal lama, perlukan himmah agar setiap perkara dilakukan dengan penuh keazaman dan tekad.

Juga bergerak atas dasar kefahaman. Kefahaman yang jelas dengan penghayatan yang halus...

InsyaAllah... Amin..


...Cukuplah Allah sebagai pelindung...

Salam Maal Hijrah dari AM