Isnin, 5 Disember 2011

Nak apa?

Cintailah Allah
Lafazkan kalimah cinta dari bibir yang sentiasa dahagakan zikrullah
Rasailah kekerdilan diri tatkala dahi mencecah sejadah
Hitunglah dosa-dosa yang telah berlalu dan tebuskanlah dengan pahala pada hari yang mendatang
Bertaqwalah dengan sebenar-benar taqwa agar diri menjadi hamba yang bakal menjadi tetamu syurga kelak

Dalam perjuangan ini
kita tahu kita tidak akan dihamparkan permaidani indah
selangkah menjejak ke alam perjuangan
kita dijanjikan seribu satu onak dan ranjau berduri
kenapa perjuangan itu pahit?
sebab
SYURGA itu manis


"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang mengajak kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan dia mengatakan, 'Sesungguhnya aku termasuk orang yang berserah diri'..?"
[Fussilat, 41:33]

orang yang nak+sebarkan kebaikan adalah orang yang cool+bergaya
dakwah+tarbiyyah adalah super duper awesome
caya tak?
ada berani?
cubalah!


AM:putera agama bukan putera biasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan