Ahad, 1 Januari 2012

MALAM TAHUN BARU

Bismillahirrahmanirrahim..

1/1/12

Wah, dah masuk tahun baru... 
Masing-masing sibuk dengan azam baru..

"Nak jadi insan yang lebih baik"
"Nak jadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa"
"Nak kurus"
"Nak gemuk"
"Nak itu dan nak ini"

Lebih meriah tahun baru masihi berbanding tahun baru hijrah...
AM no komen.. 
Fikirlah sendiri..

AM cuma nak komen pasal sambutan malam tahun baru..
which AM rasa, this year we have lots of choices.. isn't it??
Nak hiburan mendidik jiwa.. Nak hiburan melalaikan.. Nak hiburan mengasyikkan...
Semua ada...

Siyes AM rasa sangat teruja...
80 000 orang memilih untuk menyambut Tahun Baru bersama Us. Azhar Idrus (UAI) dan Zizan..
AM usha2 gak google... nak tengok gak macam mana sambutan tahun baru yang PM kesayangan AM ni anjurkan
Ramai ke tak orangnya..
Nak la buat comparison kan... 
Ye la.. Nak tahu jugak selera rakyat Malaysia zaman sekarang...
(tapi kalau ramai pun, mesti kena paksa punya la.. wajib pergi.. AM dah lali dah kena paksa2 pergi program ni.. haha)

Tapi, AM tak jangka taw..
AM tak jumpa..
Dari awal sampai la hujung google tu, semua pasal UAI..
Wah3x.. Ini sudah satu petanda baik..
AM senyum je..
Rakyat Malaysia bijak memilih...
Zahirkan kebijakan anda semua pada kertas2 undi ye... ;)

Tapi, ada juga satu berita tak best pasal sambutan tahun baru ni..
Demo yang berlangsung kat UPSI tu berakhir dengan tragedi berdarah...
Saudara Safwan Anang sampai koma!! (latest news: dia dah sedar)
Hoho.. Abang polis, penjenayah besar ke dia sampai nak belasah macam tu sekali!!
AM tak nak cakap guna bahasa kasar, tapi ini sebenarnya dah cukup melampau..!!
Adam Adli dah masuk lokap.. (cerita dalam lokap tu tak tahu la macam mana.. Harap2 semua baik)
AM tak nak cakap semua polis bertindak luar kawalan..
AM pun ada saudara dalam kalangan polis...
No wonder la budak 15 tahun pun sampai mati kena tembak kan...
Buat Safwan Anang, Adam Adli, Syukri Razab, Shazni Munir dan AM rasa ramai lagi wira belakang tabir yang memperjuangakan suara2 mahasiwa ni... Teruskan perjuangan kalian... 
AM menantikan saat di mana suatu hari nanti negara akan diperintah oleh orang-orang seperti kalian...
(tapi AM nak rasa dulu berada di bawah pemerintahan ulama')

AM sayang Malaysia..
AM tak nak Malaysia tergadai...
AM tak sanggup tengok angka2 besar hutang negara...
dan banyak lagi kepincangan yang berlaku..
Rakyat Malaysia yang lain tak nak hidup aman macam AM ke?
Kalau nak: Buat pilihan bijak, ok???
:)



nota kaki: azam tahun baru AM: ?
(AM tak suka cakap ngan orang ap azam AM. Cukup Allah je tahu!!)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan