Rabu, 30 November 2011

1 LEAD

“Pencapaian-pencapaian terbesar penuh inspirasi dalam sejarah manusia bukannya cerita perihal pencapaian individu. Ia cerita perihal kuasa luar biasa pasukan yang BERSATU, berpakat, dan bersiap sedia. Mereka yang sentiasa komited antara satu sama lain, juga kepada wawasan mereka sehingga ke penghujungnya.”
Stephen R. Covey, Tabiat ke-8
(Keberkesanan kepada Keagungan)

Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Maha Mengasihani..

AM petik stanza ni dari buku Kuasa Kepemimpinan Sultan Muhammad Al Fateh.

Entah,

Terasa seperti dalam sungguh makna ayat-ayat berkenaan.

AM pernah berada di bawah: bersama pasukan..

AM juga pernah memimpin pasukan.

Jelas sekali situasi antara keduanya tidak sama.

Kata Imam Al-Ghazali:

"Kadang-kadang ada sesetengah perkara yang tak dapat kita jelaskan melalui tulisan dan perkataan. Jika tingkat hidupmu telah sampai ke sana, tahulah engkau apakah dia. Jika tidak, maka mengetahuinya termasuk perkara yang mustahil, kerana ia adalah barang yang bersangkut dengan perasaan. Seperi kemanisan barang yang manis dan kepahitan barang yang pahit tidak akan dapat dikenal, melainkan dengan dicuba telebih dahulu."

Memimpin dan dipimpin merupakan satu seni yang amat halus.

Perlu saling memahami antara keduanya dan perlu saling menerima kekuatan dan kelemahan.
Yang penting, masing-masing faham peranan masing-masing.

Jangan sampai pemimpin buat kerja yang dipimpin kerana yang dipimpin tak tahu nak buat kerja apa, nak lepas tangan sebab penanggungan bukan di pihak dirinya, dan sebagainya.

Jangan sampai yang dipimpin buat kerja pemimpin sebab tak thiqah pada pemimpin yang tak reti nak buat kerja, tak tahu nak bagi tugas, dan sewaktu dengannya.

Bunyinya macam dua-dua salah pemimpin kan?

First rule of leadership is: EVERYTHING IS YOUR FAULT...

Ada ahli falsafah Barat pernah cakap quote ni, tapi sayang AM tak ingat siapa namanya.

Semua orang adalah pemimpin. Paling tidak, pemimpin kepada diri sendiri.

Sama ada nak pimpin diri ke arah kebaikan atau kehancuran..

Maka pemimpin-pemimpin sekalian.

Pilihlah jalan anda....


p/s: InsyaAllah, AM memilih jalan yang 'lurus'. Mudah-mudahan Allah subhanahuwata'ala akan sentiasa tunjukkan pada AM jalan tu.. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan