Isnin, 28 November 2011

3-2

Bismillahirrahmanirrahim..

3-2

Malaysia tewas kepada Bahrain...

AM pun tengok jugak bola.. Berada dalam komuniti yang mana orang mengatakan lelaki tak tengok bola ni sebagai tak macho, membuatkan AM sedikit sebanyak tergugah..

Tapi betulkan balik niat. Bola juga satu medium dakwah. Mad'u kita pelbagai. Jadi untuk menyelami hati mad'u, kena fahami kehidupannya dia, minat dia, background family dia, serta pelbagai lagi.

Bola sepak macam satu medium menyatukan perbezaan, kan? Tak kira di mana jua berada, bila gol.. semua orang akan menjerit satu perkataan yang sama.. GOL!!!! (wehdatul fikr)

Kejelekitan antara pemain sewaktu di padang satu elemen penting dalam memastikan perlawanan berlangsung dalam suasana persaingan yang sihat. (ni dah konsep ukhwah)

Tapi yang AM tak berapa nak berkenan sangat ialah seluar pemain-pemain tu. Kalau pakai seluar panjang, rasanya tak ada masalah kot. Ke tak boleh nak tendang bola tu kalau pakai seluar panjang. Ada konsep rintangan angin ke? Paling tak pun tutup lutut. Aurat tu... Tapi kita tak sedar, dakyah Barat membuatkan kita terima bulat-bulat. AM nak komen banyak-banyak kat sini pun, sini cumalah dinding blog bergema yang memantulkan suara hati AM sendiri. Kuasa autonomi pada pemimpin negara untuk keluarkan arahan.

Kadang-kadang tu, diperingkat orang awam ni semua sedar tentang hal ni, tapi sikap tak pedulisme merajai diri. Kita pun tak nak buat sesuatu untuk atasi masalah.

Sudahnya, kita buat la dakwah fardhiyyah.. Bila pergi main bola, kita pakai seluar yang menutup aurat. Tunjukkan pada orang yang kita boleh juga main walaupun dengan seluar yang menutup aurat. Kalau muslimat, dengan tudung labuh.. Memang terbaaeek ah,  kalau sambil berlari 100 meter pakai tudung labuh. (Mesti macam terbang... hikhik)

Ruang lingkup fardhul muslim yang dapat kita sedarkan mungkin kecil, tapi tak mengapa. Banyak sikit tu, bukan urusan kita. Tapi urusan Allah yang Maha Esa.

AM cuba kaitkan main bola sepak dengan orang yang nak bawa Islam.Urm.. Tapi tak sampai mesejnya. Mana boleh nak ditendang-tendang perkara yang kita nak bawa tu kan. Lagipun konsep aurat pun dah fail...

Kalau bola sepak tak boleh, cuba kita tengok ragbi. Tapi sayang AM tak familiar denga terma-terma dalam ragbi nih. Tak biasa main, nak tengok pun takut sebab macam ganas sikit. Pada AM, kita analogikan bola sebagai Islam. Kalau bola sepak ditendang-tendang sekuat hati, bola ragbi tak. Dah dapat, kita peluk. Kita jaga betul2.. Kita bawa ke tempat yang selamat dan didudukkan pada tempat yang betul. Bila keadaan tak selamat, kita baling bukan semberono je. Tapi pada kawan-kawan sepasukan yang kita percayai, dengan harapan dia akan sambut dengan baik dan peluk erat-erat macam yang kita buat.


Pemain-pemain ragbi pula berpakaian macam ala-ala perisai pertahanan badan gitu. Pemain ragbi biasanya berbadan tough. Gagah.. (Tapi tang aurat kat bahagian lutut still tak boleh nak cakap apa la) Perisai bagi seorang muslim adalah iman dan taqwa, serta doa. Dalam ragbi ada strategi tertentu. Pernah tengok cerita water boy? Kalau ada masa, cuba search mengenai cerita ni. Dalam cerita ni ada diceritakan tentang strategi dalam permainan ragbi. Sebenarnya banyak cerita-cerita mat salleh yang cakap mengenai strategi dalam permainan, especially cerita yang mengangkat tema motivasi kerja berpasukan.. (yang selalu main kat tv3 hari sabtu tu, dalam kol 11-1 -->kalau tak silap.. sesuai untuk tontonan kanak-kanak)

Nak bawa Islam pun kena ada strategi tertentu kan.. Tak boleh main redah je. Zaman dah berubah, orang tak akan terima sesuatu dengan mudah. Kena ada rasional!!

Wallahu'alam.. Setakat tu sahaja yang mampu AM coret untuk kali ni. Agak umum AM rasa, tapi AM akan cuba improve dari masa ke masa..!!

Semoga jumpa lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan