Khamis, 15 September 2011

Tukul dan paku


tukul..dan..paku...
guna tukul untuk memaku pada dinding akan menghasilkan lubang pada dinding..

senang je...

tukul=badan yang dipinjamkan oleh Allah
paku=perkara-perkara kebaikan / kemungkaran
dinding=hati
lubang-lubang=benih-benih noda / amal makruf

Jadi,semuanya bergantung pada tukul untuk memaku apa saja di dinding kan?

Semuanya bergantung pada diri untuk membuat apa sahaja..dan pilihan itu yang akan meninggalkan kesan pada hati kan?

Dapat memahami simbolik ni?

Cubalah..baca dengan mata hati..

Menggunakan badan yang dipinjamkan oleh Allah untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah akan menyemai titik-titik noda dalam hati...

Patut ke tak patut guna badan yang dipinjamkan sementara oleh Allah untuk membuat perkara yang Dia larang??

Uishhhh!!TAK PATUT ! TAK PATUT !

p/s:Aryan dalam proses 'menampal' lubang-lubang kejahilan..JOM !

Selasa, 13 September 2011

Jalan Pulang ?? Ke mana?


Jalan memang banyak cabang...berliku..
Sana traffic jam...sini traffic jam...
Sana accident...sini accident...
Ini...simbolik kehidupan dunia yang SEMENTARA ni..
Traffic jam dan accident itu...ujian dan dugaan yang diberi olehNya..
Semoga dengan 'GPS' pemberian Dia...(apa tu??)tett..al-Quran le...
Kita berjaya menemui jalan menujuNya..

p/s:sentiasa berdoa supaya berada dalam kalangan orang2 yang beriman...

Rabu, 7 September 2011

Mencari-cari

Assalamualaikum w.b.t..

Contengan Aryan Mulhim,

Aku manusia biasa,
Sentiasa inginkan agar iman sentiasa di puncak,
Sentiasa berdoa agar Dia sentiasa menjaga aku,
Namun,
Kadangkala aku akur,
Aku lemas dalam noda dunia,
Aku terkapai-kapai kelemasan,
Aku tenggelam dalam kejahilan...

Ya Allah,
Tarikla aku dari segala kemungkaran..
Kuatkanlah peganganku di jalanMu..
Hanya Engkau yang Maha Berkuasa..

nota kaki: Aryan mencari-cari identiti diri yang semakin menghilang..