Selasa, 13 September 2011

Jalan Pulang ?? Ke mana?


Jalan memang banyak cabang...berliku..
Sana traffic jam...sini traffic jam...
Sana accident...sini accident...
Ini...simbolik kehidupan dunia yang SEMENTARA ni..
Traffic jam dan accident itu...ujian dan dugaan yang diberi olehNya..
Semoga dengan 'GPS' pemberian Dia...(apa tu??)tett..al-Quran le...
Kita berjaya menemui jalan menujuNya..

p/s:sentiasa berdoa supaya berada dalam kalangan orang2 yang beriman...

Rabu, 7 September 2011

Mencari-cari

Assalamualaikum w.b.t..

Contengan Aryan Mulhim,

Aku manusia biasa,
Sentiasa inginkan agar iman sentiasa di puncak,
Sentiasa berdoa agar Dia sentiasa menjaga aku,
Namun,
Kadangkala aku akur,
Aku lemas dalam noda dunia,
Aku terkapai-kapai kelemasan,
Aku tenggelam dalam kejahilan...

Ya Allah,
Tarikla aku dari segala kemungkaran..
Kuatkanlah peganganku di jalanMu..
Hanya Engkau yang Maha Berkuasa..

nota kaki: Aryan mencari-cari identiti diri yang semakin menghilang..


Selasa, 23 Ogos 2011

Shopping time !


"Parkson ada Mega Sale sekarang !! Semua murah2 !!"

"Baju raya kat Jalan TAR tu..fuhh!!rambang mata nak pilih !!lawa2..."

"Malam ni kita pergi bazar kat Taman Cempaka nak??Ramai sangat orang pergi sana..jom3!"



Okey la...semua orang 'excited' nak shopping raya..Macam2 baju nak beli..macam2 kuih nak buat..

Kat sana murah...berkejar pergi sana...
Kat sini ada jualan besar-besaran...CONFIRM ! macam semut hurung gula la kat tempat tu...


TERAWIH ?? MACAM MANA ??

G bazar lepas solat maghrib...terawih??TINGGAL..

Entah..terfikir..rugi sangat2...

Macam mana kalau ini ramadhan yang terakhir?

Ya Allah....